Saya mula tau dan ambik tau pasal fibroid ni lepas saya join Shaklee. Hah, join Shaklee baru nak tau? Ha..ha.. Tu la kan, pas makan Shaklee ni banyak pulak saya belajar pasal kesihatan. Itu, ini la.. Bila cakap pasal fibroid, mesti kaitan dengan perempuan. Pastu ianya punca susah hamil. Jom baca lagi, apa itu fibroid ye? Nak cerita lebih-lebih tak pandai plak saya. Ni kan bawah saya share kan artikel menarik yang saya baca.
*****************************************************************************
Ramai yang menyangka
fibroid berisiko kepada golongan wanita berumur
sekitar 30 tahun ke atas sahaja, namun sebenarnya ia boleh berlaku
kepada setiap wanita yang sudah mencapai umur akil baligh.
Kebanyakan wanita tidak tahu bahawa mereka mempunyai fibroid kerana
tidak mengalami gejala atau tanda-tanda penyakit tersebut. Hanya 20
hingga 30 peratus sahaja yang mungkin menunjukkan gejala yang dihadapi
bergantung pada saiz, lokasi dan bilangan fibroid.
Pakar Perunding Obsetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur,
Dr. Adilah Ahmat berkata, wanita yang mempunyai fibroid yang merupakan
penyakit yang berkaitan dengan rahim, tidak perlu bimbang tentang
kehadirannya kecuali jika ia mendatangkan masalah kepada mereka.
“Fibroid ialah sel-sel otot rahim yang bergumpal dan bukan sejenis
kanser. Hanya kurang satu peratus fibroid boleh bertukar menjadi kanser
yang dipanggil Sarkoma.
“Lebih 50 peratus wanita mengalaminya, namun daripada mereka tidak
tahu pun mereka mempunyai fibroid sehinggalah membuat pemeriksaan
berkala dan doktor mengesahkan di dalam rahim mereka terdapat ketulan
fibroid," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Begitupun, ia tidak berbahaya bergantung kepada kedudukan dan
saiznya. Fibroid boleh berlaku sama ada dalam satu biji yang besar atau
beberapa biji yang kecil tetapi dalam bilangan yang banyak.
Beliau menambah, tiada sebab-sebab dan punca-punca tertentu mengapa
wanita mempunyai ketulan fibroid di dalam rahim mereka kerana ia
sendiri terdiri daripada otot rahim.
Lazimnya, fibroid membesar secara perlahan-lahan dan tanpa simptom.
Lokasi fibroid di dalam rahim sama ada di luar, tengah, dan dalam
akan memberi gejala berbeza kepada penghidapnya dan sering mempengaruhi
gejala yang dialami oleh seseorang.
Dr.Adilah berkata, terdapat lima jenis fibroid iaitu fibroid
sidemucosa, fibroid intramyometrium, fibroid subserosa, fibroid broad
ligament, dan fibroid servikal.
“Jika fibroid bersaiz kecil, ia akan melekat di dinding rahim sahaja
(fibroid subserosa) tetapi jika ia terbonggol ke dalam (fibroid
sidemucosa), ia akan mengubah lapisan tempat darah haid yang akan
menyebabkan pengeluaran darah haid dalam jumlah yang banyak.
“Fibroid yang besar jika terbonggol ke dalam akan menekan pundi
kencing yang akan menyebabkan masalah kencing seperti kerap kali hendak
kencing atau sering kali tidak dapat mengawal kencing.
“Jika hal ini berterusan, air kencing akan bertakung di dalam pundi
kencing dan akan menyebabkan seseorang wanita itu berisiko mendapat
jangkitan kuman pada pundi kencing.
“Jika membonggol ke belakang pula, ia akan menekan saluran usus di
belakang. Ia mungkin akan menyebabkan kesukaran membuang air besar dan
sembelit.
"Apabila ini berlaku, sepatutnya mereka berjumpa doktor dengan segera untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya," katanya.
Beliau menambah, wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid masih boleh
mengandung kecuali ia tumbuh di bahagian servik dan sekiranya fibroid
itu terlalu besar, ia akan menyebabkan salur fallopio tersumbat sehingga
seseorang itu sukar untuk hamil.
“Ibu yang mempunyai fibroid di dalam rahim biasanya dinasihatkan
bersalin secara pembedahan kerana bayi akan bersaing untuk ruang dengan
fibroid.
“Bagaimanapun pembedahan membuang fibroid tidak boleh dilakukan
semasa proses bersalin. Ia akan menyebabkan risiko pendarahan," katanya.
Dr. Adilah menegaskan, sekiranya didapati ia tumbuh dalam saiz yang
kecil pesakit tidak digalakkan untuk membuangnya melalui pembedahan
kerana dikhuatiri pada masa akan datang akan wujud lagi ketulan-ketulan
yang lain kerana benih yang ada menyebabkan risiko tumbuh memang ada.
“Jika ia tidak berbahaya, mengapa mahu melakukan pembedahan berulang
kali, Sebenarnya pada fasa menopous, fibroid akan mengecut kerana wanita
tidak lagi mengeluarkan hormon estrogen yang menggalakkan pembesaran
ketulan fibroid.
“Pembedahan juga agak berisiko kerana akan mengakibatkan pendarahan
yang banyak kerana rahim merupakan sumber bekalan darah yang utama,"
ujarnya.
Ujarnya, biasanya fibroid yang tidak mengganggu pesakit akan
dibiarkan saja tetapi saiznya yang semakin membesar dan keras akan
menyebabkan pesakit tidak selesa.
Fibroid perlu dirawat sekiranya ia mula menunjukkan tanda-tanda tersebut.
Beliau menambah, doktor akan mengesyorkan ia dibuang sekiranya saiz
terlalu besar sehingga menyebabkan perut kembung seperti orang
mengandung yang menimbulkan ketidakselesaan.
Pengeluaran darah haid yang begitu banyak sehingga pesakit perlu
dimasukkan bekalan darah baharu kerana kekurangan darah, juga digalakkan
untuk membuang fibroid.
Katanya, fibroid yang terlalu terbonggol ke dalam sehingga terkeluar
ke pintu rahim yang boleh menyebabkan jangkitan kuman, juga perlu
dibuang.
Katanya, wanita perlu mengurangkan pengambilan produk berasaskan
estrogen seperti susu, kacang soya, ubi keladi dan produk kecantikan
yang menggunakan estrogen sebagai bahan utama selain amalan gaya hidup
yang sihat.
- NURSYAMIMI SAIDI
Utusan Melayu (M) Bhd
*******************************************************************************
Peratus penyebab kanser adalah sangat kecil, tapi kemunculan fibroid boleh menyebabkan seseorang sukar hamil dan menimbulkan ketidak selesaan. Bonjolan besar pada rahim boleh menyebabkan perut kelihatan buncit.
Itu sebenarnya fibroid. Harap korang yang baca ni faham jugak ye.Saya pun nak prevent awai masa bujang ni. Tak payah tunggu kawen baru nak ambik tau..
Konsultasi secara percuma
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905