advertisement

FILEM MUNAFIK TAK MENGHAMPAKAN

Ini cerita minggu lepas punya.. Lepas balik kerja, tanpa dirancang terus suarakan rasa hati ( cewaahh) nak p tengok cerita munafik ni. Bukan apa, dua tiga hari sebelum tu dok membaca review beberapa blog. 

Nampaknya sesuatu yang dapat dibanggakan dengan cerita melayu kita ni. Bukan cerita sampah. Bab lain-lain I tak mau cerita lebih (sebab tak pandai sangat pun), tapi cerita ni memang membawa mesej yang baik. 

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.. ehh! 

Ops, macam salah peribahasa ja.. Haha... 


Credit: sini
Good job bro! filem ni memang best.. 

Pada awal-awal cerita 2-3 kali juga I terkejut, pastu dah stand by baik punya memang steady ja tengok sampai habis. Padahal jantung dup dap dup dap jugak. Hahaha.. 

Hantu memang nampak real, macam ada kat sebelah ja. Semua pelakon memang terbaik terutamanya anak Amy Search tu.. Dia memang pelakon yang sangat berbakat. Untuk dia I bagi 5/5 bintang..  Yang lain kira 3.5/5 bintang dah la.. Hahaha.. 

Sila lah sentap lepas tengok cerita ni.. Hehe.. Lain-lain tu malas nak komen banyak, apa-apa pun I bagi 4.5/5 bintang untuk filem ni.. Memang tak rugi beli tiket.. Hehe...

Awas!

Siapa ada penyakit jantung, darah tinggi dan seangkatan dengannya bolehlah elak tengok cerita ni, bukan apa takut umur tak panjang.. huhu..

Sinopsis:-

Adam (Shamsul Yusuf), adalah seorang ustaz yang pandai dalam perubatan Islam. Oleh sebab sikap merendah dirinya membuatkan Adam disenangi oleh orang kampung. Tapi, selepas suatu tragedi yang menyebabkan kematian isterinya, Zulaika, telah mematahkan semangat Adam untuk terus merawat orang kampung. Dia mengurung diri, tidak mahu bergaul dengan orang kampung, malah tidak lagi bersolat jemaah di Masjid. Adam seolah-olah tidak dapat menerima qada' dan qadar. 

Arrraghhh macam malas ja nak taip ayat skema tu, kalau nak tahu apa yang jadi p lah tengok sendiri.. haha...

Ok bye..







11 comments:

  1. Bilalah akak nak pergi tengok ni,.... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergilah.. plan satu masa.. I pun curi2 waktu ja ni..

      Delete
  2. Nak tengok bila pun tak tahu.. ;)

    ReplyDelete
  3. akak ni penakut memang tak tengoklah jawabnya

    ReplyDelete
  4. tak dapat tengok sebab tak ada geng..

    ReplyDelete
  5. ekin ari tu tengok wayang serantak dua cerita sbb dapat voucer MBO hahahhah... tengok munafik dulu... ekin tutup mata takut tengok cerita dia... abg yg tengok sampai habis..tapi memang terbaik lakonan nabila huda tu

    ReplyDelete
  6. X kan nengok citer camni... He he he

    ReplyDelete
  7. tak sempat tengok lagi...bila ada anak cerita macam ni agak susah nak tengok...nak tinggalkan? ak sampai hati...tunggu astro first jelaaa

    ReplyDelete
  8. haha..tak tengokla,nanti malam tak boleh tidur. I is penakut.u lain la, suka cerita ganas-ganas..haha

    ReplyDelete
  9. Tak nak tengok tapi nak tau ending....

    Cer bagitau apa ending nya?

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...