advertisement

Kaki sakit tapi hati puas

Tajuk entri kau tak boleh blah. Haha.. Ni entri nak membebel ja. Kalau rasa bosan boleh ignore je ok. 

Satu hari weekend yang bosan jika melepak saja dirumah yang sekangkang kera tu. Rumah yang tak pasti mana ruang tamu mana dapur sebab bercampur. hehe.. Tapi yang best nak kemas tak perlu masa yang lama. 

Alhamdulillah, daku tak payah merempit dah.. Bolehlah merasa pakai skirt sekali sekala kalau nak kemana-mana (kalau merempit susah sikit). Momot dah sepenuhnya daku bawa.. Thanks for my lovely parent, I love both of you so much (kalaulah mak n abah baca ni). 

Aktiviti tak dirancang, tiba-tiba whatsapp kawan baik I yang dok kat Kulim. Soalan ditanya selepas memberi salam " dah habis sekolah ka? busy tak petang ni?" . Jawapan yang indah diterima " Dah. Tak ada apa-apa aktiviti petang ni.. Why?". 


Hehe.. hari cuti untuk I yang kerja di Penang, tapi hari bekerja untuk kawan I yang bekerja di Kedah. Kacau hari kerja orang. Hehe.. Rancangan awal nak melepak di tepi pantai sorang-sorang sambil feeling angin laut sepoi-sepoi bahasa di petang hari sambil makan goreng pisang dengan kopi panas. oh indahnya petang hari....

TAPI, plan tukar sebab kawan baik I ni balas yang dia tak busy, so......... I decide nak berkelah tepi sungai yang indah nan permai..Jerebu-jerebu ni berkelah kat hutan lebih best kot, sebab banyak pokok-pokok dan udara lebih fresh.


Damainya suasana


Sampai-sampai je sini, alamak kenapa tempat ni macam misteri ja. Haha.. feeling tu tak leh blah, padahal tak ada apa pun.. Hutan kan U ols, mestilah sunyi, udara yang nyaman.. Hahahaaa...

Kami jalan ke dalam lagi, cari tempat nak lepak-lepak, turunlah ke bawah sikit, nah kedebuk jatuh tenggelam kaki ke paras peha juga lepas terpijak pasir.. Jerlus rupanya...I lalu kat kawasan air terjun sikit sebab tu kot.. Huhuuu.. cuak juga masa tu.. Fuhh, mujur mudah je nak naik balik.. Habis basah seluar.. 

Selang beberapa minit tu baru terasa kaki sakit.. Ada nampak luka sikit.. Alah sikit je luka pun.. Esok tu baru terasa kaki sedikit membengkak. Jalan tak rasa sakit sangat. Tapi, kalau pakai kasut kena kat kawasan luka yang membengkak tu, aduhaiiii... Jalan sopan santun gila.. Orang pandang semacam je, dah la gi kerja tadi pakai jubah.. Macam baru pas pantang pun ada I ni.. hehe



Kat hujung tu lah jatuh masa nak turun dari titi tu


Ingat nak menyusuri sungai ni sampai kereta kat hujung sana, tapi risau lak kat mana nak naik. Tebing tinggi sangat. Masa ni seluar dah basah sebab jatuh tadi.. Hihiii


Kalau pergi pantai waktu tu mesti kawasan kelabu je, yelah jerebu tak ok lagi kemarin.. Ini yang sempat snap masa drive.




Beginilah budak bajet nak menghabiskan hujung minggu.. nak pergi jauh-jauh takut tak sempat balik kang hari dah malam... Haha... 

Ok lah U ols semua... sepanjang minggu ni I mungkin akan kurang bersiaran.. Don't miss me ok (bajet sangat kalau ada yang merindui.. :P)




Credit to google


45 comments:

  1. Ada je orang rindu. Nah, akak datang hantar widget top komentator utk Syida.
    Widget Top Commentators yang Berfungsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ akak sayang... Done.. Nampaknya syida kena update tiap2 bulan lah tetamu hebat syida.. Hehe.. :)

      Delete
    2. Suida...ce check..pesal komen i x bertambah ;p

      Delete
    3. Jay emm kena datang sini bawak kalkeleter pink laaa

      Delete
  2. ewah..ewah..nasib baik x pakai skirt ye, kalau tak lagi dahsyat masa terjatuh tu..get well soon ye Syida..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. plan awal nak pakai skirt sebab nak lepak tepi pantai kan... hahhaa...klu x habislah selak2.. tapi I klu pakai skirt dlm mesti pakai seluar jugak.. xselesa klu terselak t

      Delete
  3. owh keja kat penang rupanya....senegeri ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup keja kat penang.. kampung kedah.. tapi bukan pulau

      Delete
    2. tudiiia orang kampung rupanya..hehehee :D

      Delete
  4. Replies
    1. Luka xbaik lagi lah.. bengkak dah surut.. boleh dah nak pakai kasut.. hehe

      Delete
  5. wahh snap masa drive dgn mymomot yee, gmbr lori atas jalanraya mana lori., harhar2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak oh wak.. nak kena eh... Lori jarang lalu sini... harharhar

      Delete
  6. cantik nya sungai air mengalir...rindu suasana mcm tu...
    salam perkenalan ya sis... follow # 82 :)

    ReplyDelete
  7. Ehhh.. header baru.. Ingat salah masuk blog td..hehehe comey comey!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Header akan bertukar lagi pasni.. haha.. suka plak main tukar2

      Delete
    2. buatkan untuk 1 satu boleh Suida....my header dah lama x tukar tu huhuh

      Delete
    3. ha'a kan...saya pun baru perasan
      kerap juga tukar header lately =)

      Delete
  8. kat mana ni Syida.. Bukit Hijau ka? Junjong ka? adoii rindu betui nak dengaq bunyi ayaq terjun..nyaman!

    ReplyDelete
  9. Kaki dah susut bengkak lom..? take the gud rest k.. takut nanti lagi teruk kang.. :D

    ReplyDelete
  10. wahh bahayanya terpijak pasir jerlus...nasib baik luka kaki jer....

    ReplyDelete
  11. entri membebel? nk bebel kat siapa ni? jap nak baca

    ReplyDelete
  12. sib baik x leh nk beza mana ruang tamu dan dapur ..kalau tak leh nak beza mana bilik tidur mana dapur mmg masak lah hehehe

    ReplyDelete
  13. x ada jerebu ke dalam hutan kih kih kih

    ReplyDelete
  14. terpijak pasir jerlus? bahaya tu...kalau bebudak yg pijak? pesal x letak papan tanda 'pasir jerlus' eh..hutan manalah ko pegi ni Suida

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pe kata jay emm je buat papan tanda tu... Ha ha ha

      Delete
    2. pelik juga kenapa pasir tu macam tu.. gila sampai ke paha ni haa masa jatuh.. cuak jugak

      Delete
  15. alaa tu je? x de gambar berkelah? berapa lama lepak kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia suruh kite bayangkan je.. Keh keh keh

      Delete
    2. gambar xelok.. semak mata ja klu masuk sni

      Delete
  16. sian..kaki bengkak...ishh itulah..lain kali jgn lagi pegi tempat2 mcm tu tau..jln dah x ayu

    ReplyDelete
  17. kenapa kak yan pulak yang rasa penat ni..huhu

    ReplyDelete
  18. waaa...bestnyer dpt jenjalan...sy lak dah lama xmerasa jenjalan....asik g luar kawasan jerrr huk huk huk

    ReplyDelete
  19. Nasib baik toilet dgn ruang tamu boleh dipasti.. Keh keh keh

    ReplyDelete
  20. Budak baju biru tu nak kenal dia leh? He he he

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum syida
    maaf baru sampai...hehe

    kat mana tempat ni? cantiknya!
    saya suka sangat tempat camni...rasa nyaman aje
    gambo air terjun tu cantik betul

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...