advertisement

Simple GA: Friendship fridge magnet.

Join GA lagi dari blog Dr Shikin.. Suka join GA plak kan sekarang ni. ramai blogger bermurah hati nak wat GA ni. Join aje lah.. bukan rugi pun.. Boleh tambah kawan2 blogger kan.. 

Untuk Dr Shikin, 

Ai memang dah bloglistkan blog Dr. Ai kira follower baru la juga utk blog Dr. Tapi, tak tahu plak follower ke berapa. Haha..

Straight to the point (Omputeh plak), syarat2 seperti berikut:-

Blog Dr Shikin 

HADIAH: FM x 5 pemenang.
* FM seperti gambar di atas.
* Hadiah akan bertambah jika sambutan menggalakkan.

Syarat wajib:
- Follow blog aku.
  (Wajib nyatakan follower ke berapa bagi FOLLOWER BARU).
  * Kalau nak jadikan aku bloglist pun boleh.
- Buat 1 entri & backlinkkan ke entri ni.
  * Aku xbuat banner :)
- Tinggalkan URL entri kat comment box.
- Pemenang dipilih secara random.org
- Tamat pada 11.59malam, 31/12/2014.
  * Akan dilanjutkan jika dirasakan perlu.


Sapa2 yang datang singgah sini, moh la join.. sempat lagi ni..

BAGAIKAN TSUNAMI KECIL MELANDA PANTAI TIMUR

Banjir kali ni amat luar biasa sekali. Teringat 10 tahun lalu ketika tsunami menyerang. Habis musnah rumah-rumah, bangunan, pokok tumbang, mayat berkelimpangan. Tetapi, tahun ni, 2014, Kawasan Pantai Timur dan beberapa kawasan lain terlibat dengan banjir. 

Kawasan yang paling teruk, Manik Urai yang dikatakan sukar sekali bantuan untuk masuk. Bagaikan tsunami kecil melanda kawasan tersebut. Air mata dimana-mana. Sedih sekali melihat keadaan mereka. Semoga tabah menghadapi ujian ini wahai saudara, sahabat, guru dan sesiapa sahaja yang terlibat banjir ini.

KAPAL TERBANG AIR ASIA HILANG

Ok, welcome back kat ai yang baru habis cuti..

Bercuti... tak pergi mana-mana pun, tak ada bajet untuk tahun ni. Haha.. Saja ambik cuti tahun, sambung sekali krismas. Ok la kan 4 hari balik kampung jumpa mak abah.

Nak keluar jalan-jalan pun tak ada mood sebab hujan. So, cuti-cuti ni banyak lepak kat rumah ja. Sambil-sambil tu dok mengikuti perkembangan banjir. Sepupu ai yang tinggal kat Kuala Kangsar pun kena juga. Habis semua barang-barang dorang rosak. 

Sabar ye semua mangsa-mangsa banjir. Allah sayang sebab tu kena ujian berat ni. Kami semua rakyat Malaysia bersama anda. 

Hari ni on da way datang kerja pun diiringi dengan hujan. Asyik kena hujan 2-3 hari ni, badan pun terasa nak demam ja. Lepas breaksfast tadi memang tak lupa telan Vitamin C siap-siap. Ubat demam ai.. >> Cegah demam dengan Vit C.

Dalam kita sibuk memikirkan dan mengikuti perkembangan banjir, sebuah pesawat Air Asia Indonesia dilaporkan hilang. Sedihnya.. lepas satu..satu musibah menimpa. Tahun 2014 ni memang tahun duka kan. Semoga Allah ampuni dan belas kasihan kan kita hamba yang lemah ni. 

Pesawat tu hilang macam MH37 ke? Kalau terhempas mana bangkai? Huhu.. 

Takut plak nak naik flight.. Cancel semua jadual ke luar negara.. (eh eleh, macam ada plan nak p oversea, over ja, hihi)

P/s: Doakan semua mangsa banjir, mangsa pesawat Air Asia yang hilang, MH 37 (masih tak jumpa2). Hentikan Malam Ambang 2015.. 

5 MANFAAT DETOKS KEPADA KESIHATAN



Masalah seperti berat badan yang berlebihan, kadar kolestrol yang tinggi, diabetes dan sembelit adalah berpunca daripada toksin makanan yang tidak tercerna, zat makanan aditif dan kesan pengambilan ubat-ubatan. Kesemua bahan ini yang tidak diperlukan akan menjadi toksin atau sumber penyakit kepada badan.

Apa itu detoks?

5 SEBAB WANITA BERTUDUNG JANGAN SESEKALI ABAIKAN KESIHATAN RAMBUT

Terjumpa gambar ni. Comey la hai.


Hanya kerana wanita bertudung sentiasa akan menutupi rambut dan kepala mereka apabila keluar bersiar-siar atau kemana sahaja, bukan bermakna mereka boleh mengabaikan kesihatan dan kebersihan rambut dan kulit kepala.

BANJIR DI PANTAI TIMUR DISEMBER 2014

Mengikuti perkembangan banjir di ruangan berita dan facebook...

Keadaan banjir di pantai timur meliputi Kelantan, Terengganu dan Pahang. Lain-lain kawasan seperti Perak, Perlis dan Sabah juga turut terkena banjir. Hujan turun tanpa henti saban hari ditambah pula dengan lepasan air daripada empangan memang merisaukan penduduk setempat. (daku tak pandai nak buat laporan). Baca je la laporan daripada Astro Awani ni..

***********************************************************************************
KUALA LUMPUR: Keadaan banjir bertambah serius  menyebabkan 58,705 penduduk di Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Perlis dan Sabah terpaksa berpindah.

Kelantan mencatat jumlah mangsa banjir paling tinggi melibatkan 24,765 orang, diikuti Terengganu (21,606), Pahang (10,825), Perak (1,030), Sabah (336) dan Perlis (143).

Di KELANTAN jumlah mangsa meningkat sebanyak 3,164 orang sebelah pagi berbanding 21,601 orang malam tadi.

Sebanyak 18 pusat pemindahan baharu dibuka kepada 96 buah semalam.

Peningkatan jumlah mangsa melibatkan sembilan jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Tumpat dan Kota Baharu.

Jumlah mangsa tertinggi dicatat di Gua Musang dengan 5,259 orang diikuti Pasir Mas (8,754) dan Kuala Krai (4,608).

Sebanyak 23 laluan turut ditutup yang 17 daripadanya laluan ditutup kepada semua lalu lintas manakala enam ditutup kepada kenderaan ringan.

Di TERENGGANU, 8,977 lagi penduduk terpaksa dipindahkan dengan Kemaman merupakan daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa mencecah 12,699 orang.

Punca utama mangsa terpaksa berpindah adalah disebabkan fenomena air pasang terutama di kawasan pantai, demikian menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu.

Setakat pukul 9 pagi, Dungun mencatat jumlah mangsa 4,591 orang, Hulu Terengganu (685), Kuala Terengganu (3,086), Besut (426), Marang (11) dan Setiu (8) di keseluruhan 107 pusat pemindahan.

************************************************************************************************************

P/s: sama-sama kita doakan mangsa banjir di sana. Esok Krismas kan.. Selamat menyambut kepada panganut agama kristian.. Raya elok2 ye..

Wasalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...