advertisement

Sekolah di Utara Semenanjung Di arahkan Tutup

Sumber: MOE
Sekolah-sekolah di negeri Perlis dan Kedah di arahkan tutup selama 2 hari iaitu esok dan lusa. Murid-murid ja yang tak perlu hadir, cikgu terkecuali ok.. 

Ramai yang bersungut cuaca panas ni kepada tak cuti kerja. Dalam situasi sekarang ni memang lah kita malas nak pergi kerja, cuaca yang panas melampau buat badan pun tak larat. 

Utusan Kasih JM

Sejak I bercuti panjang bulan lepas, dah makin kurang bilangan komen yang I tinggalkan kat entri kawan-kawan blogger.. Maaf lah ye semua, I dah tak sempat nak melepak lama di blog-blog kalian. Tapi, I tak kan lupa singgah membaca mengahayati coretan u ols.. 

Kiriman kasih sayang ni I terima dari Kanda Jari Manis.. Dia baru lepas balik kampung dia bulan lalu, sebab tu ole-ole pun gambar di sana. Tahu kan 'kampung' JM tu? Tengok gambar atas FM tu.. 




Kanda JM pun dah terjebak kerajinan buat FM sendiri.. Mana tak nya ianya lebih jimat. Al maklumlah JM kan ramai peminat.. Siap senarai penuh semua yang bakal terima kiriman kasih sayang JM  tu.. Sibuk-sibuk Jm pun sempat nak buat FM untuk we all.. TQ kanda!

Terima kasih kanda, ingat juga kat budak tenggelam timbul ni.. Hehe.. I is suka sangat ngan FM ni sebab U buat sendiri.. Lebih berharga gitu.. Best plak tengok peti ais I bertambah koleksi FM .. Thanks again.. I doakan semoga JM dapat keliling dunia seperti yang JM impikan.. 

JM tengah sibuk membanteras pencuri entri-entri dia.. cerita-cerita JM di blog dia telah dicuri oleh blogger mana ntah, sebijik-bijik U ols.. Ni link blog JM yang asli ok>> Jari Manis Travel List.. Jangan salah blog ok! 




FILEM MUNAFIK TAK MENGHAMPAKAN

Ini cerita minggu lepas punya.. Lepas balik kerja, tanpa dirancang terus suarakan rasa hati ( cewaahh) nak p tengok cerita munafik ni. Bukan apa, dua tiga hari sebelum tu dok membaca review beberapa blog. 

Nampaknya sesuatu yang dapat dibanggakan dengan cerita melayu kita ni. Bukan cerita sampah. Bab lain-lain I tak mau cerita lebih (sebab tak pandai sangat pun), tapi cerita ni memang membawa mesej yang baik. 

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.. ehh! 

Ops, macam salah peribahasa ja.. Haha... 


Credit: sini
Good job bro! filem ni memang best.. 

Pada awal-awal cerita 2-3 kali juga I terkejut, pastu dah stand by baik punya memang steady ja tengok sampai habis. Padahal jantung dup dap dup dap jugak. Hahaha.. 

Hantu memang nampak real, macam ada kat sebelah ja. Semua pelakon memang terbaik terutamanya anak Amy Search tu.. Dia memang pelakon yang sangat berbakat. Untuk dia I bagi 5/5 bintang..  Yang lain kira 3.5/5 bintang dah la.. Hahaha.. 

Sila lah sentap lepas tengok cerita ni.. Hehe.. Lain-lain tu malas nak komen banyak, apa-apa pun I bagi 4.5/5 bintang untuk filem ni.. Memang tak rugi beli tiket.. Hehe...

Awas!

Siapa ada penyakit jantung, darah tinggi dan seangkatan dengannya bolehlah elak tengok cerita ni, bukan apa takut umur tak panjang.. huhu..

Sinopsis:-

Adam (Shamsul Yusuf), adalah seorang ustaz yang pandai dalam perubatan Islam. Oleh sebab sikap merendah dirinya membuatkan Adam disenangi oleh orang kampung. Tapi, selepas suatu tragedi yang menyebabkan kematian isterinya, Zulaika, telah mematahkan semangat Adam untuk terus merawat orang kampung. Dia mengurung diri, tidak mahu bergaul dengan orang kampung, malah tidak lagi bersolat jemaah di Masjid. Adam seolah-olah tidak dapat menerima qada' dan qadar. 

Arrraghhh macam malas ja nak taip ayat skema tu, kalau nak tahu apa yang jadi p lah tengok sendiri.. haha...

Ok bye..







Best do balik kampung

Haha.. rasa nak gelak pun ada, nak nangis kesian pun ada.. Siapa lagi kelakar ni, dia ke ayam? HAHA...








I suspect dia ni first time do balik kampung.. Dia dengan ayam pun jadi kerja do.. HEHE... 

Nikmatnya kehidupan sebelum kahwin bagi perempuan

Semua orang yang normal memang salah satu goal hidup mereka mestilah perkahwinan. Siap mengimpikan pasangan mereka tu sempurna bagai bidadari lagi.. Haha... 

Golongan yang kahwin muda sibuk lah cerita kenikmatan kahwin muda..Rasa kelakar pun ada. Mereka ni silap, mereka ingat semua orang suka apa yang mereka suka. Sometimes, kita tengok kehidupan orang lain macam bosan dan menyedihkan, padahal mereka lebih bahagia daripada kita. 

Life is simple and everyone have their own life. 

        Seronok apa hidup bujang, siapa kata bujang tu tak best. Kalau bujang ja kira tak bahagia lah.. U ols masa sebelum kahwin tu derita sangat ka? 

Kalau lelaki memang best lah kan kahwin, nak-nak jenis kahwin "orang gaji".. Ops.. Dulu masa kau bujang boleh je kan nak kemas, basuh baju sendiri..

Lepas kahwin, kau pergi kerja balik kerja ja tahu.. Kat rumah kau goyang kaki je eh.. Ya tahu bukan semua orang (mesti ada yang nak cakap ni) tapi ramai kan macam tu? 

Untuk perempuan, sila lah bersedia nak bekerja sepanjang hari.. Dah tak da masa nak bangun lambat, dah tak da la nak makan maggie kalau malas masak..

Bersedialah masak untuk suami "tercinta" kau walaupun kau penat nak mampos masa tu, pastu kena masak makanan yang suami kau suka tapi kau menyampah gila ngan makanan tu.. 

Bersedialah nak jadi alarm, kejut suami kau hari-hari.. Pastu dodoikan dia tidur (yang ni over, HAHA). Takda dah masa landing lepas subuh sebelum pergi kerja.. 

Tak da dah masa nak tengok cerita favorite kau kul 7 malam sebab kau mungkin kat dapur tengah siap makan malam..Masa kau kat dapur tu, suami "tercinta" kau dok tengok TV sorang-sorang, tunggu je kau siap masak..HAHA.. 

Dah jangan harap kau nak buat late movie, atau movie maraton ngan bestie kau sebab suami kau mesti tak bagi.. (ye lah kena dodoikan dia tidur, HAHA)..

Nak pergi melancong atau kemana-mana ikut suka hati kau, tak payah nak minta izin suami bagai (kadang parents kau pun tak tahu kan).. Kalau dah bersuami, berdosa plak pergi mana-mana tak minta izin.. hehe.. 

Well, I tak cakap alam perkahwinan tu langsung tak best.. Best apa kahwin kan, kalau tak best tak da la orang kahwin.. HAHA... 

Kepada mereka yang dah kahwin tu janganlah nak bagi "tazkirah" sangat kat kawan-kawan yang belum sampai jodoh ni.. Kau kena ingat, perkahwinan tu banyak yang tak kekal.. Huhuu.. (bukan nak doakan tak baik, cuma ingatan.. roda kan bulat, kita tak selalu di atas)

Kepada si bujang lagi ni, tak payah nak kutuk sangat mereka yang dah kahwin, one day, kau pun merasa.. Hihii..Selagi bujang, so kita enjoyyy... HAHA












Meleleh air liur...

           Musim kemarau ni memang selera makan out lah, nak-nak pula sekali pakej demam selsema sakit tekak ni.. Nampak ja di newsfeed FB (facebook), apa lagi rasa nak meleleh air liur aish...

Durian  memang raja buah lah.. Setiap tahun memang tertunggu-tunggu musim durian. Kat rumah I yang sekangkang kera ni pun ada sepokok. Ok lah nak merasa durian tanpa keluar duit.. 

Nikmatnya dapat layan pulut durian masa-masa demam ni.. Huhu..


Sumber: Google
Serawa durian atau sesetengah tempat lain mungkin sebut lain.. Biasanya kalau buah yang agak ranum memang sedap buat serawa.. Ohh nikmatnya... 

sumber: google
Kalau tak nak buat serawa, makan macam ni pun sedap u ols.. Janji buah tu manis dan lemak-lemak gitu.. 


p/s: Bestnya kalau ada yang hantar kat depan rumah.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...