advertisement

Bosan laaahhh, sembang benda lain boleh?

Antara faktor aku malas nak sembang-sembang dengan kawan-kawan ni sebab, balik-balik topiknya jodoh, kahwin, boyfriend.. Sumpah bosan kot.. 

Nak-nak pula kalau kawan-kawan yang dah kahwin ni, dok bersyarah baik punya pasal rumah tangga, kahwin-kahwin ni.. aduuhhh!!.. 

Bukan benci atau tak nak kahwin, tapi soal jodoh ajal maut ni mana kita tahu kan. Sampai masa tu nanti baru kita tahu. 

Kita hanya merancang, akhirnya penentu tu nanti bukan kita.. 

Banyak lagi kot isu-isu lain boleh bincang. Kalau masing-masing kongsikan hal-hal lain, boleh juga tambah-tambah ilmu kan.. 

Jangan tengok sangat drama melayu TV3 suku tu, balik nanti kita pun 3 suku. Tak habis-habis dengan cerita cinta cintun kahwin anak orang kaya. 

Permikiran kita dibasuh dengan cerita-cerita cinta sangat, sampai topik hari-hari pun cinta, cinta, cinta.. 

Kalau sembang cinta Allah, Rasul, Mak Ayah ok gak kan.. Ni bukan...


NK: Merepek pula kan hari ni.. Bukan anti kahwin atau cinta, jangan salah faham.. Cuma bosan dengan topik sama jaaa..


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua yang singgah sini, mohon maaf kalau ada kata-kata atau coretan yang menginggung perasaan siapa-siapa.. Harap jangan simpan dalam hati, biarlah ianya berlalu bagai angin putir beliung.. Haha.. Kosong-kosong ye.. 



12 comments:

  1. Selamat hari raya Syida.
    Kalau keluar dengan member2 yang belum kawin..kita orang tak cerita pasal kawin...biasanya sembang pasal hero cerita korea... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hero korea.. HAHA.. I is xminat sangat korea, muka jambu.. HAHA

      Delete
  2. Selamat hari raya Syida.
    Kalau keluar dengan member2 yang belum kawin..kita orang tak cerita pasal kawin...biasanya sembang pasal hero cerita korea... ^_^

    ReplyDelete
  3. Betul juga senseviti kawan kena ambil kira
    Keluarga kakak ada masih single walau dah setengah abad jadi kakak sgt maklum hal ini.

    Selamat Hari Raya dear!

    ReplyDelete
    Replies
    1. SELAMAT HARI RAYA AKAK.. Nak kata sensitif sangat tu tidak, tapi naik bosan.. keep repeat same word.. hurmmm

      Delete
  4. Nanti bila dah kawin tak boleh pulak stop produk... ha ha ha...

    ReplyDelete
  5. org pompuan yg belum kahwin mmg topik tu paling hangat nk ckp pun..topik cari calon suami..kalau tu suami jenis setia x pe..ni kes baru seminggu..kenalan..suami kahwin kali ke 2 alomost 4 year..dia bsaru tahu sbb x percaya ckp kwn..suami menafikan..akhirnya terbongkar..dah ada 4 anak kot..adeh lah..lelaki! lelaki!!

    ReplyDelete
  6. sis JM pun bosan klau ada org bukak tooik kahwin ni..seronok sgt ke kahwin..bukan perlu byk berkorban ke..

    ReplyDelete
  7. biasa la kalau kna tanya bab tu.. dah lama x jumpa kawan2, bila dah jumpa nk jugak tahu perkembangan semasa.. selalunya perkembangan macam tu la.. kahwin, kerja, anak..

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...