Dah dua bulan dan 2 kali sebelum ni datang bulan tak rasa sakit belakang sangat. Tapi bulan ni, aduhai... sakit belakang sampai nak duduk dan berdiri tegak pun tak boleh..Dah la kena kerja.. Hanya tuhan saja yang tahu masa tu.
Apa lagi daya ku yang ada.. gagahi juga sampai ke petang. Drive balik pun susah sangat sebab nak duduk tegak tak boleh, sakitnya..
10 Sebab Utama Kenapa Perlu Ambil Vitamin E
SEKILAS: Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Berdasarkan kajian,vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit. Ianya larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot.Tambahan pula, vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin AVita-E Complex® mengandungi vitamin E (d-alfatokoferol) asli daripada minyak sayuran serta selenium yang berperanan melengkapi aktiviti vitamin E. Setiap kapsul sofgel menyediakan 400IU vitamin E semula jadi dan 65mcg selenium
Hidup singkat, make it Berkat dan mati terhormat
Jangan hidup dalam "comfort zone" atau mediocre. Jangan rasa "selesalah sangat" dan settled for what you have.
Cari jalan untuk hidup 100x lebih hebat untuk memberi sumbangan 100x lebih dahsyat kepada ramai orang di luar sana.
Hidup singkat, make it Berkat dan mati terhormat.
Petikan diambil daripada facebook Dr Azizan Osman
________________________________________________________
Kenapa plak dah pagi-pagi buat entry siap ambik petikan kata-kata pakar motivasi hebat Dr Azizan Osman (DAO)?
Sebenarnya, setiap pagi bila dah selesai semua urusan mengadap yang Maha Esa, saya akan scroll laju-laju Fb saya. Selalunya saya mesti jumpa post daripada DAO. Dia sangat positif. Untuk membuatkan hari-hari saya positif, saya akan membaca, mendengar dan bercakap sesuatu yang positif.
Hidup yang positif akan lebih bahagia berbanding mereka yang asyik negatif ni. Tak percaya? Cuba anda amalkan. Bangun ja pagi-pagi, walau letih atau malas macam mana pun, cubalah tersenyum. jangan lupa baca doa bangun tidur (hihi).
Sebelum cuci muka, gosok gigi tu, senyum dan katakan "gembiranya hari ini" depan cermin, aura positif tu akan terus di serap dalam tubuh. Lontarkan sehingga keluar suara, bukan dalam hati.
Sangat terkesan ok dengan kata-kata DAO tu. Jangan hidup dalam 'comfort zone'. Ye, ramai yang kononnya rasa selesa dengan hidup mereka sekarang. Kononnya la kan, pastu merungut itu ini. Usaha lebeih sikit tak nak.
"Hidup 100x lebih hebat dan memberi sumbangan 100x lebih dahsyat."
Sungguh, duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan duit. Camna tu? Apa benda yang kita buat tak perlukan duit? Nak makan, minum, tidur, semuaa la kena pakai duit. Yelah, nak tidur, mesti naka da pelapik(tilam, katil, bantal). Tak kan nak tidur membungkam ja atas tanah kan. Pakaian? nak beli pakai apa kalau tak ada duit. Nak ambik kulit kayu, daun? kait-kait jadi baju. Macam tu? Hidup zaman mana ni?
______________________________________________________________
"Ada orang melayu cakap, buat apa nak kaya sangat. Itu melayu yang layu. Kekayaan jika digunakan dengan betul
boleh digunakan untuk bantu ramai ummat seluruh dunia selain dari di
Malaysia. Lihat billionaire dunia berapa ramai yang bukan Islam tetapi
philantrophist dan sentiasa menyumbang kepada mereka yang memerlukan,
kita? Buat apa nak kaya sangat? Tapi kita asyik complain dengan hidup
dan kewangan kita...." oleh DAO
_______________________________________________________________
Hidup ni sangatlah singkat. Buat lah sesuatu yang bermanfaat untuk agama, dan bangsa kita. Semoga hidup kita diberkati. Orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain adalah lebih baik daripada 1000 orang yang tak buat apa-apa.
Think positive, speak positive and act positive.
Wasalam..
CANTIK ATAU UNDANG SAKIT SI PEMAKAI KASUT TUMIT TINGGI?
Sebagai perempuan, saya juga tidak terlepas daripada meminati kasut tinggi kerana corak dan rekaannya yang menarik. Akan tetapi, kesan buruk yang mungkin berlaku kepada pemakai kasut bertumit tinggi perlu dipandang serius.
Jika anda sayangkan diri anda, sebaliknya berhenti memakai kasut bertumit tinggi terutamanya 3 inci keatas. Jika perlu, cukup sekadar 1- 1.5 inci sahaja.
Kesan yang paling ketara adalah bahagian tulang. Selain kecenderungan yang tinggi untuk terseliuh di bahagian buku lali, masalah lain seperti radang saraf dan ligamen, sakit pada belakang buku lali, otot betis memendek dan sakit belakang.
RAHSIA TERSELINDUNG SEBALIK TEH HIJAU YANG KURANG MENDAPAT PERHATIAN.
Saya memang peminat teh. Setiap hari wajib
minum teh ais atau teh susu, ops tapi mesti kurang manis. Manis ni tak bagus tau, manis adalah pembunuh
senyap (eh, yeke).
Akan tetapi, teh yang saya minum setiap hari
tu tak berapa baik. Lepas kawan saya suggest minum teh hijau(green tea), saya
nak tukar kepada teh hijau plak lepas ni. Kenapa teh hijau lebih bagus
berbanding teh yang lain. Mari saya kongsikan kebaikkan teh hijau.
Hebatnya teh hijau
STOP SOALAN YANG MENGGURIS PERASAAN SI BUJANG
Memandangkan bulan ni iaitu disember adalah bulan terakhir untuk kitaran tahun masihi. Pada bulan ni la, dimana cuti sekolah dan ramai juga ibu bapa yang bekerja mengambil cuti untuk beristirehat bersama keluarga dan mengunjungi jemputan majlis raja sehari.
Ai pun tidak terlepas menerima jemputan rakan-rakan yang sudah sampai masa melangkah ke alam berumah tangga. Alhamdulillah ramai kawan-kawan yang telah bertemu jodoh. Tahniah beribu-ribu tahniah buat rakan-rakan semua.
Yang mana sempat atau berkesempatan ai datang ok, Hadiah? tak janji ok. Haha. Dalam bulan ni sahaja, hampir 10 jemputan kawan-kawan (kopak la duit gaji mak nak). Haha..
Macam sebelum ni, mana-mana kenduri yang dihadiri, soalan paling 'femes', "hang bila pulak nak kawen?", "aku dah lepas, hang bila plak?". Atau soalan macam ni " dok tunggu pa lagi, kawen la muda-muda ni".
Aish, ni yang malas nak datang mana-mana majlis. Rimas dan menyampah dengan soalan-soalan sedemikian. My dear lovely friend, soal jodoh ni biarlah menjadi rahsia Allah. Waktu u ols dah sampai, waktu ai tu tak tahu bila lagi.
Tanpa kita sedar, soalan serupa itu boleh menyebabkan hati kecil sahabat kita terguris. Mana kita tau kan, masa tu dia baru je putus cinta. Baru ja nak plan kahwin, dah break off plak. Atau mungkin dia tengah ada masalah lain kan.
Kan lebih baik mendoakan semoga sahabat kita bertemu jodoh cepat dan baik. Kalau cakap macam ni rasa lebih baik daripada soalan kat atas tadi tu, "Alhamdulillah, aku dah temu teman sehidup aku, aku doakan hang cepat-cepat temu jodoh dan dapat pasangan yang baik.". Haa, kan sedap bunyinya nanti.
Dari baik-baik sahabat kita datang nak doakan kita, dah jadi sumpah seranah pulak dalam hati nanti. Ye lah, geram dek soalan macam tadi tu. Nanti dah sampai masa dia, mesti dia jemput punya. Sepatutnya hari bahagia kita ni, kita bergembira bersama-sama orang lain, bukannya selfish.
Lepas dah kena macam tu, nanti untuk jemputan lain yang belum sempat hadir, mesti jadi malas nak datang. Dah jadi tak best. Hubungan kita dengan sahabat jadi renggang.
Hal ini tiada kena mengena dengan sesiapa. Hanya daku rasa ingin meluahkan.
Salam sayang semua..
Tahniah buat sahabat yang akan melangkah ke alam rumah tangga. Jadi partner yang baik buat pasangan anda ok. ;)
Luahan hati yang di"publish"kan
Subscribe to:
Posts (Atom)