advertisement

Showing posts with label SET PANTANG. Show all posts
Showing posts with label SET PANTANG. Show all posts

SET BERPANTANG TERBAIK DARI SHAKLEE

Alhamdulillah.. Ramai kawan2 saya dah pun berumah tangga, tahniah buat u ols (kalau baca la entry ai ni). Saya jarang atau memang tak penah share secara terbuka pasal sel pantang ke, set menyusu atau set kehamilan. Bukan tak mau kongsi kat u ols, tapi saya kena faham dulu kan, barulah boleh kongsi, maklumlah ai kan bujang lagi. Hihi..

Memandangkan kawan ai ada tanya baru2 ni, jadi ai rasa nak buat satu entry kat u ols.

Kenapa perlu berpantang selepas melahirkan anak?


Kenapa ek nak kena pantang? Tak boleh ke lepas bersalin tu kita makan atau buat aktiviti macam biasa?

Wanita selepas bersalin kehilangan banyak darah, tenaga, dan hormon badan tidak stabil. Ditambah pula dengan kesakitan bekas luka jahitan, dan ragam bayi yang kadang-kadang tak nak tidur, tak lalu makan atau yang ada masalah kuning.

Ketika dalam waktu pantang (44 hari), mereka mesti mengambil makanan yang berkhasiat tinggi supaya dapat mengembalikan semula tahap keseimbangan hormone, dan mineral yang telah digunakan semasa hamil dan ketika melahirkan anak.

Kegagalan mendapatkan nutrisi yang mencukupi akan memberikan kesan buruk kepada ibu dan jugak anak yang telah dilahirkan. Sebagai contoh, kekurangan zink dalam darah semasa waktu berpantang boleh menyebabkan mereka mudah mengalami tekanan atau meroyan.

Jika anda bimbang kurang mendapatkan nutrisi anda boleh mengamalkan suplemen. Pemilihan set berpantang Shaklee baik untuk diamalkan. Jika jamu tak sesuai diambil waktu bayi anda jaundis, tetapi Set Bersalin Shaklee boleh diamalkan terus selepas proses melahirkan. Kelebihan set Shaklee ialah, anda akan berasa bertenaga, luka cepat sembuh, tak sembelit malah dapat mengawal berat badan anda.



Zat penting yang terkandung dalam Set Pantang Shaklee



1. Vitamin B-Kompleks

Ianya mengandungi kesemua 8 kumpulan vitamin B (sebab itu dipanggil B-Kompleks). Fungsi utamanya ialah menukarkan makanan kepada tenaga.
Vitamin B6, B12 dan folik asid membantu kesihatan jantung dan saluran darah dengan merendahkan tahap hymocysteine dalam darah.

2. Zat Besi (Iron)

Ianya membantu penghantaran oksigen dalam darah. Oleh itu ia sangat penting dalam memberikan tenaga semasa pantang. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan rasa penat, sukar bernafas dan senang diserang kuman.

Wanita yang menyusukan anak memerlukan antara 25-27 mg zat besi dalam sehari. 

Gabungan Vitamin B dan zat besi sangat penting bagi pembentukkan sel darah merah. Ibu-ibu kehilangan banyak darah semasa proses melahirkan, jadi kedua zat penting ini diperlukan dalam kuantiti yang banyak bagi mengembalikan semula sel-sel darah merah yang baru.

3. Zink

Zink diperlukan untuk mengambalikan sel-sel yang telah rosak semasa kelahiran atau kata mudah membantu merawat luka luar dan dalam dengan cepat.

Tambahan pula, zink dapat meningkatkan sistem ketahanan tubuh bagi melawan penyakit. Wanita dalam pantang masih lagi lemah, mereka mudah diserang kuman dan bakteria yang menyebabkan penyakit.

Zink juga membantu mengembalikan kitaran haid wanita yang baru bersalin. Mereka memerlukan zink antara 15-20mg sehari.

4. Vitamin C

Kenapa ianya penting semasa berpantang? Vitamin C penting untuk kesihatan gusi, gigi, tulang dan pembentukkan sel baru. Vitamin C membantu membentuk kolagen bagi menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Gabungan zink dan vitamin C amat bagus untuk merawat luka semasa bersalin, luar dan dalam.

Ibu-ibu yang kurang vitamin C akan mengalami rasa mudah penat. Mereka akan menjadi cepat marah dan tekanan(meroyan). Sendi dan otak akan berasa sakit dan mudah terluka atau lebam jika kulit terlanggar sesuatu yang keras.

Vitamin C dan B tidak dapat dihasilkan dan disimpan dalam badan, maka kita harus mengambilnya setiap hari.

5. Kalsium

Kalsium diperlukan untuk pembentukkan tulang, dan gigi yang sihat. Wanita berpantang selalunya tidak banyak bergerak kerana badan yang masih lemah atau tidak mahu luka terbuka kembali, jadi kalsium dapat menghalang pembentukkan darah beku pada saluran darah.

Kalsium juga memperbaiki fungsi saraf, bagi mengelakkan rasa kebas pada anggota kaki dan tangan. Ianya juga mempercepatkan pengecutan otot rahim untuk kembali ke saiz asal.

Wanita yang menyusukan anak mereka memerlukan 1000-1500 mg sehari.

6. Protein

Protin amat diperlukan dalam pemakanan. Sumber protein boleh didapati daripada ikan, daging, telur dan kacang soya.

Sumber protein keluaran Shaklee adalah berasaskan soya yang rendah lemak dan lengkap kesemua amino asid serta dari sumber bukan GMO (genetically modified organism). Ianya mempunyai nilai GI yang rendah dan free kolestrol. Amat sesuai untuk ibu-ibu berpantang.

Suplemen berasaskan soya itu ialah Energising Soy Protein (ESP)




Setiap serving ESP mengandungi 14 gram protein, 500mg kalsium serta nutrien lain.


Dalam Set Bersalin ini anda akan mendapat nutrien lengkap yang diperlukan semasa proses berpantang. Set bersalin ini tahan sehingga 4 bulan. Anda boleh teruskan mengambil set ini biarpun telah tamat tempoh 44 hari.

Klik gambar untuk keterangan lanjut tentang Vita-lea


Vitamin B Kompleks (120 tab/120 day)
Vita-Lea (120 tab/120days)
Ostematrix (120 tab/120 days)
Zink Komplex (120 tab/120 days
ESP (850g)

Harga Set ialah RM387.25. Inginkan diskaun sehingga 20%?? Jom daftar ahli disini. Keahlian adalah seumur hidup tau! Boleh dapat diskaun 20% ni untuk semuaaaaaaa suplemen Shaklee..

Jika anda ingin order sendiri boleh klik



Pembayaran melalui kad kredit/kad debit sahaja. 


Dapatkan konsultasi cara makan melalui saya. Ini penting tau, dapatkan cara makan yang betul.



Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...