Kacang soya ni banyak manfaatnya. Sebab tu la,
saya paksa diri untuk suka susu soya. Saya memang dari kecik lagi elergi sikit
dengan soya ni. Bukan elergi badan naik alahan ke apa, tapi saya tak boleh
minum soya, saya tak lalu. Bau soya pun tak boleh.
Walaupun saya tak suka soya, tapi saya yakin
dan percaya ramai kan yang suka soya. Tengok lah kawan-kawan sekeliling, rata2
suka soya. Derang ni tak habis-habis ajak
saya minum soya. Nak buat macam mana tekak saya tak leh terima.
Tetapi, kalau soya ESP ni saya boleh minum.
Sebab apa? Sebab ESP rasanya tak la soya sangat(maksudnya rasanya tak kuat
sangat macam air soya yg belambak kat pasaran ni). Saya ni tak boleh minum soya
sebab baunya.
Jom ketahui sedikit sejarah tentang kacang soya.
Kacang soya merupakan hasil utama dinegeri China dan pada abad ke 17, pedagang dari Eropah telah membawa balik kacang soya ini ke eropah dan ianya mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada awal tahun 1765. Sebenarnya, soya mula ditanam di Asia Timur. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max tergolong dalam keluarga Fabaceae yang ditanam sebagai makanan untuk manusia dan ternakan.
Soya adalah sumber protein lengkap kerana
sejumlah besar asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia berada di
dalamnya.
Terdapat banyak manfaat yang boleh diperoleh
dari kacang soya. Antara yang sering diperkatakan ialah:-
1.
Murah dan tinggi protein
Ia merupakan makanan
yang tinggi protein yang seimbang dan baik untuk kesihatan. Ianya lebih murah
daripada daging merah, susu atau telur. Sumber protein yang terkandung di
dalamnya adalah sebanyak 50% bagi setiap 100 gram sekali gus menjadikan ia 2
kali lebih baik dari kacang tanah, 11 kali lebih bagus dari susu dan 3 kali
lebih elok dari telur.
2.
Kaya dengan bahan mineral
Ianya kaya dengan
sumber mineral yang berkhasiat seperti kalsium, sodium, manganese, magnesium,
zat besi dan fosforus, vitamin A,B,C,D dan lecithin.
3.
Kurangkan risiko serangan jantung
4.
Membekalkan tenaga
Ianya kan kaya dengan protein. Tambahan pula, kacang soya mudah dicerna
sekaligus mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk menbina dan
membaiki tisu badan yang rosak selain membekalkan tenaga.
5.
Kadar lemak dan kalori yang rendah
Soya memnag terbukti
mengandungi lemak dan rendah kalori. Ianya sangat sesuai untuk pesakit jantung
dan kencing manis. Soya boleh dijadikan penganti makanan berat yang lain
sebagai diet harian.
Akan tetapi, tidak semua soya dipasaran itu
baik untuk kesihatan. Pastikan anda memilih soya yang ditanam secara natural
tanpa bahan kimia. Bukan itu sahaja, pilihlah soya yang tidak terubah
genteiknya( Non-GMO). Soya yang telah terubah genetiknya adalah soya yang tidak
mengandungi kelebihan soya sepatutnya. Soya yang belambak dipasaran kebanyakkan
adalah soya yang tidak berkualiti malahianya jenis GMO.
Anda adalah orang yang bijak, pasti memilih
yang terbaik.
Konsultasi secara percuma
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905