advertisement

Showing posts with label khazanah negara. Show all posts
Showing posts with label khazanah negara. Show all posts

Selamatkan Tapak Arkeologi Sungai Batu


Sepanjang tiga tahun menetap di Lembah Bujang, Merbok Kedah sekitar tahun 2009 hingga 2012, laluan Sungai Batu ni yang menjadi laluan utama jika nak ke Sungai Petani. Boleh kata setiap minggu melalui jalan ni.

Kalau pernah lalu kat kawasan ni mesti nampak kat kiri dan kanan tapak-tapak arkeologi tersebut yang berada tengah kawasan kelapa sawit. Dimaklumkan, ladang kelapa sawit tersebut ialah milik persendirian.

Kawasan Lembah Bujang ni memang sudah lama menjadi menempatan penduduk. Banyak tingalan sejarah yang ditemui di sana seperti Candi Lembah Bujang. Penemuan demi penemuan disana yang dijumpai. Ianya jelas terbukti Bangsa Melayu telah lama bertapak di Semenanjung Tanah Melayu ini. 

Tapak Arkeologi ini dikatakan berusia lebih 600 tahun Sebelum Masihi. Iaitu seusia dengan Tamadun Rom dan Greek. Hebat bukan? Ianya membuktikan bahawa Bangsa Melayu tu bertamadun dan telah lama wujud. 

Menurut berita yang di sebarkan, kawasan Sungai Batu tersebut akan diratakan dan tapak tersebut akan dimajukan. Ini bermakna, tapak yang penuh bersejarah tersebut akan hilang. Banyak isu-isu yang timbul tentang ini, tapi entahlah. Pihak yang berkuasa seolah-olah 'lepas tangan' sahaja. Sedih bukan kalau tapak yang bersejarah ini terus hilang nanti. 




Kenapa kita perlu mempertahankan Tapak Arkeologi Sungai Batu ni?


Khazanah ternilai negara akan lenyap? dilihat kemboja bangga dengan Angkor Wat nya, Indonesia bangga dengan Borobudur, China dengan Great Wallnya, Kita? khazanah hebat yang dijumpai iaitu Tapak Arkeologi Sungai Batu 500 BC dikatakan akan lenyap kerana akan diratakan untuk aktiviti pembagunan.Menurut sumber, tanah tapak ini adalah milik persendirian..

APA ISTIMEWANYA SUNGAI BATU?

Terdapat persoalan daripada orang ramai, kenapa kita harus pertahankan Sungai Batu sebegini sekali? Apa yang hebatnya Sungai Batu ini sehinggakan kempen ini disambut dengan baik oleh page-page terkemuka di Malaysia? Mari saya hujankan anda dengan fakta-fakta pendek kenapa harus pertahankan SUNGAI BATU.

1. Sungai Batu ialah bukti tamadun tertua bangsa Melayu. 600 Sebelum Masihi, sezaman dengan Rom dan Yunani. 1100 tahun sebelum kelahiran junjungan besar Rasulullah S.A.W dan juga 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa A.S
2. Sungai Batu ialah bukti hidup bahawa bangsa Melayu ialah bangsa yang sangat bertamadun. Lebih 2500 tahun yang lalu, bangsa Melayu masak besi beb! Bukannya buat jarum, seperti mana yang didakwa oleh segelintir bahawa Melayu Bina Sebatang Jarum Pun Tak Mampu.
3. Besi terbaik dunia datangnya daripada peradaban ini. Sehinggakan terdapat teori dan hipotesis yang mendakwa bahawa besi yang digunakan untuk menempa Pedang Rasulullah adalah datang daripada tamadun ini.
4. Ada sehingga 4-7 buah kapal yang berusia sehingga 2000 tahun yang terdampar di dasar tasik di tengah hutan kelapa sawit. Kapal itu dikatakan sepanjang 70 meter, dan tiang layarnya dapat dilihat dari permukaan. Itu belum dikatakan lagi dengan tapak sungai batu ialah penemuan arkeologi tapak metropolis purba yang paling lengkap di Asia Tenggara. Tak keterlaluan kalau dipanggil bahawa Sungai Batu ialah 'Mohenjo-Daro dan Harappa Melayu'.
5. Tapak Sungai Batu ini adalah SEZAMAN dengan Taman Tergantung Babylon yang dibina oleh raja agung dari Mesopotamia iaitu Nebuchadnezzar II.
6. Tapak Sungai Batu adalah 400 TAHUN LEBIH TUA daripada Tembok Besar China yang dibina oleh DINASTI QIN dan juga 1600 TAHUN LEBIH TUA daripada TEMBOK BESAR DINASTI MING yang wujud pada hari ini.
7. Tapak Sungai Batu adalah 600 TAHUN LEBIH TUA daripada pembinaan COLLOSSEUM di Rom yang dibina pada 70 Masihi untuk menjadi tempat hiburan rakyat Rom menonton para gladiator bertempur sesama sendiri dan juga haiwan buas seperti harimau dan singa.
8. Tapak Sungai Batu adalah 1773 TAHUN LEBIH TUA daripada MENARA CONDONG PISA yang terkenal di Itali itu.
9. Tapak Sungai Batu adalah 300 TAHUN LEBIH TUA daripada RUMAH API ISKANDARIAH yang pernah menjadi salah satu daripada banggunan tertinggi pada zaman purba yang dibina oleh Dinasti Ptolemy yang memerintah Mesir.
10. Tapak Sungai Batu adalah 2000 TAHUN LEBIH TUA daripada MACHU PICHU yang dibina di Peru oleh TAMADUN INCA.
11. Tapak Sungai Batu adalah 1000 TAHUN LEBIH TUA daripada Hagia Sophia yang dibina oleh Empayar Byzantine lalu dijadikan masjid oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.
12. Tapak Sungai Batu adalah SEZAMAN dengan PIRAMID bangsa Maya yang bernama CHICHEN ITZA yang dibina di pendalaman hutan Amerika Tengah.
13. Tapak Sungai Batu adalah 200 TAHUN LEBIH TUA daripada PETRA di Jordan, sebuah seni bina agung yang dipahat pada tepi gunung oleh bangsa Arab Purba.
14. Tapak Sungai Batu adalah adalah 2200 TAHUN LEBIH TUA daripada TAJ MAHAL yang dibina oleh SHAH JAHAN, yang konon dibina atas lambang cinta sejati.
15. Tapak Sungai Batu adalah 1350 TAHUN LEBIH TUA daripada BORUBUDUR yang dibina oleh DINASTI MELAYU SAILENDRA di PULAU JAWA.
16. Tapak Sungai Batu adalah 1700 TAHUN LEBIH TUA daripada ANGKOR WAT yang berdiri di bumi KEMBOJA hari ini yang dibina oleh Suryavarman II dari Kerajaan ANGKOR.
17. Tapak Sungai Batu adalah 100 TAHUN LEBIH TUA daripada PATUNG ZEUS yang dibina oleh TAMADUN YUNANI.
18. Tapak Sungai Batu adalah jauh lebih tua daripada kebanyakan binaan-binaan agung di seluruh dunia. Sekarang… masih ada yang bertanya apa istimewanya Sungai Batu?
19. Tapak ini adalah bukti bahawa bangsa Melayu membina peradaban hebat jauh lebih hebat dan tua daripada kebanyakan-kebanyakan penemuan hebat di dunia.
20. Ini ialah bukti bahawa bangsa Melayu ialah bangsa yang sangat bertamadun!
21. Justeru, kami berharap agar kerajaan negeri dan pusat dapat melakukan sesuatu untuk terus mengangkat Tamadun Sungai Batu sebagai tempat terbaik tamadun Melayu. Khazanah bangsa yang tidak ternilai terdampar di tanah yang cukup luas.
22. Apa yang berada di tapak ini adalah tidak ternilai sekali walaupun dengan wang puluhan malahan ratusan billion ringgit sekalipun.
23. Semoga juga kerajaan pusat dapat membantu kerajaan negeri dalam membeli tanah persendirian yang terkandung tapak berpotensi besar seperti kapal-kapal purba Melayu berusia sehingga 2000 tahun sepanjang 70 meter dan juga rangka manusia purba Kedah Tua.. 


Sumber: The Patriots

Sumber-sumber lain:-
1. Save The Oldest Civilization In South East Asia:  https://goo.gl/qY27DH


Bersama kita sign petition untuk menyelamatkan khazanah yang tidak ternilai negara ini.  https://goo.gl/4iGWFF (klik link tu ok).. Jom selamatkan khazanah negara ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...