3 hari lepas ada ai tulis satu entry nak try pisang goreng cheese kan. Kemarin pas balik kerja ai pun singgah la kat kedai yang dimaksudkan tu, boleh refer entry ni.
Bila tengok pisang goreng cheese yang disediakan terus terbantut niat mak nak. Sangat tidak berbaloi dengan harganya. Dah la rasa tak sedap. Macam pisang goreng biasa pastu letak coklat sikit. Kalau macam ni lah rupanya patut ai buat sendiri daripada beli kat kedai kan.kan..
Nah, hambik padan muka hang. Haha.. Dah nak beli sangat. Nasib lah ai ni tak teruja sangat dengan pisang goreng cheese ni. Tapi first time beli dah kena macam ni memang ai tak beli dah wokey pasni. Kalau nak beli juga pun maybe la usha2 dulu, kalau nampak tak menyelerakan tu blah ja, tak yah beli.
Showing posts with label PISANG GORENG. Show all posts
Showing posts with label PISANG GORENG. Show all posts
FENOMENA PISANG GORENG CHEESE
Ingat lagi masa durian crepe tengah famous, berebut kawan-kawan ai makan. Padahal ai rasa biasa ja, tak ada la sampai boleh buat muka bahagia dan cakap waaahhh sedappppnyeee..
Ai ni jenis yang susah nak teruja dengan sesuatu perkara kecuali benda tu memang betul-betul best dan membahagiakan. Bahagia plak ai ni kan.. maksudnya benda yang betul-betul buat kita senyum sampai belakang kepala (over tak?).
Sekarang fenomena pisang goreng cheese.. Lagi resepi baru, pisang goreng coklat cheese, pisang goreng blueberry cheese (ada ka blueberry?). Ehh, tak pernah plak jumpa perisa lain selain coklat cheese.. hihi..Saja tambah..
Subscribe to:
Posts (Atom)