advertisement

Showing posts with label PERIBADI. Show all posts
Showing posts with label PERIBADI. Show all posts

Birthday Datang Lagi..

23 September....

      Alhamdulillah... Genap lagi setahun umur aku. Dah 23 wey! hihi.. Habis lah, lepas ni mesti banyak soalan-soalan cepu mas aku dapat. "Bila nak kahwin", "hang bila lagi nak naik pelamin ni", "nak tunggu anak raja ka".. Ala relak ar mak cik, pak cik baru 23 kot, kecoh arrr... Haha..

Ok, ok.. Lupakan bab kahwin2 tu. Menyampah plak fikir. Calon tak ada, macam na nak fikir kahwin. Macam takut ja kalau pilihan keluarga..huhu

Umur makin meningkat.. Mestilah impian dan cita-cita pun semakin banyak.. Haha.. Aku memang terkenal dengan sikap angan-angan aku. Ntah la, memang dari dulu lagi aku suka sangat berangan-angan. Kadang-kadang orang mengata aku, "hang ni nak jadi Mat Jenin, berangan ja".. Apa-apa lah..

Benda-benda yang aku berangan tu, sikit sebanyak aku dah capai k. Aku bukan berangan ntah apa-apa. Semuanya yang agak lojik(tapi, ada jugak yg mengarut sikit..hihi..jgn maraa ar). Setiap angan-angan aku, aku akan pastikan aku capai. Sebab angan-angan aku bukan kosong belaka. Semua tu memang aku nak dapat.

Aku akan selalu buat azam baru bila time birthday. Aku tak buat time tahun baru, huhu.. So sekarang nak buat list azam dan impian aku untuk tahun ke-23 umur aku. Hurmm... banyak benda nak list ni..
Kahwin?? nak masuk tak ek?.. haha.. Mungkin tak kowt (sebab xdak calon)..

Sapa2 yg share hari Happy birthday utk u olss..

k. Wasalam...


KEHILANGAN...

Ya Allah sedih plak hati ni, nak taip pun susah.. Semalam aku dan seluruh keluarga di kejutkan dengan berita bapa saudara( Pak Njang) aku meninggal dunia pada jam 4 pagi 10 September 2014.

Patut lah cuti hujung minggu lepas masa on the way balik kampung lalu kat rumah arwah, tiba-tiba teringat arwah. Ya Allah.. Allah dah bagi hint tu yang arwah akan pergi.. Huhu.. Sebab aku call mak tak jawab, jadinya aku terus balik, takut mak risau. Aku tak sempat nak ziarah arwah ngan Mak Njang. Last jumpa masa raya puasa sebulan lepas.

Walaupun tak rapat gila2 tapi kira rapat jugak lah.. Camna nak cakap pun tak pasti..hihi..

Semalam lepas subuh aku pun siap2 la balik. Kul 9 pagi aku sampai kat rumah arwah. Panjang plak perjalanan aku semalam. Sebab aku tak boleh nak drive laju-laju sorang-sorang plak tu. Pas sampai aku tak terus tengok arwah, aku ambik wudhuk dan baca 1 juz Al-Quran sampai hati aku tenang sikit baru aku p tengok arwah untuk last sekali.

Kul 11 pagi arwah dimandikan dan selepas sejam lebih camtu, arwah siap dikafankan dan di bawa ke masjid untuk solat jenazah. Arwah di kebumikan jam 12 setengah dalam keadaan hujan renyai-renyai.

Cuaca semalam seolah-olah memahami pemergian arwah, turut bersedih bersama ahli keluarga. Saudara mara yg dekat jauh datang menziarah, jiran tertangga pun turut hadir.

Arwah dulu orangnya ceria, kepoh, riuh rendah dengan lawak dan gelak tawanya yang mencuitkan. Lepas ni, kalau kenduri kendara dah tak ada suara tawanya. Tawanya yg lucu sgt menghiburkan..

Masa arwah dah sampai, masa kita tak tahu lagi, entah esok entah lusa.


Arwah
Romli Bin Ibrahim
dilahirkan pada 18-7-1957
wafat pada 10-9-2014

Al-Fatihah......

:(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...