I mula menyebut zikir ni masa sekolah rendah dulu..
Tok guru mengaji Quran yang ajar..
Berbalik kepada waktu tu....
Hujan lebat, I ngan kakak, abang dan kawan2 lain, macam biasa, pas magrib kami akan pergi mengaji Quran kat rumah Tok Guru kami ni lah..
Hujan yang lebat, ditambah dengan guruh yang kuat.
Tiba2 letrik tak dak. Tok Teh (tok guru yang ajar ngaji tu), baru balik dari Masjid.
Dia ajar kami semua doa ni..
Katanya baca ketika kita ingin memohon bantuan Allah..
Masa tu mana nak diajarnya maksud kepada bait2 ayat yang dilafaz.
Lepas berjaya hafal, so I amalkan..
Kadang2 ingat..kadang2 lupa..gitulah manusia..
Budak2 betul masa tu u ols.. Dah doa ni diajar masa hujan lebat ngan letrik terputus.
U ols nak tahu,
I amalkan doa ni masa hujan lebat atau ketika petir dan guruh yang kuat saja..
Takutttt guruh..
Padahal doa ni boleh diamalkan ketika mana kita merasa susah dan nak mohon bantuan dari Allah..
Allah..
Bila dah besar, baru paham maksudnya..
Alangkah ruginya kita amalkan sesuatu yang kita tak paham kan..
Baca Quran dan maknanya sekali baru kita paham apa yang kita baca..
Ambil pengajaran didalamnya..
P/s: Sama2 mengingati.. Sama2 beramal.. Salam Jumaat penghulu segala hari..
Wasalam..