advertisement

DIY: Beg Sandang Dari Seluar Jeans Lama

Walaupun entri aku yang lepas, aku ada cakap macam segan nak kongsi kan pasal jahitan, tapi ni haa tersiap pulak entri pasal aku buat sling bag tempoh hari. Memang pada mulanya aku agak segan nak berkongsi, tapi bila kawan aku baca pasal entri lepas, dia galakkan aku tulis ja. Kongsi ja apa yang aku tahu. Hehe

Sejak-sejak aku dah beli mesin jahit baru, kegilaan nak menjahit tu menjadi-jadi.. Iye lah kan, dah melabur untuk mesin, tak kan nak biar sepi kan.. 

Idea tercetusnya nak jahit beg sendiri ni datang masa aku keluar jalan-jalan. Macam biasa setiap kali keluar mesti aku angkut hand bag aku yang besar kedabak tu sekali. Rasa rimas plak, usung beg besar-besar ni (padahal dulu masa beli beg tu memang niat nak beg besar, mudah nak isi segala mak nenek dalam tu), jadi sekali sekala berjalan tu aku rasa nak bawak beg kecik ja, asal boleh letak beg duit dengan handphone. 

Haa jom-jom baca step by step aku buat beg ni

Step 1 : 
Aku gunakan seluar jeans lama (yang tidak dipakai lagi), potong bahagian mana nak. Kalau ikut aku, aku guna bahagian kaki. Sebelah ja.. Lepas tu aku tetas poket (1 sahaja). Kalau hangpa nak buat kan, ikut suka hangpa la mana bahagian hangpa suka. 

Macam aku, aku ambik bahagian kaki sebab suka bentuk dia. Kalau ambik bahagian atas (bontot yang dah siap ada poket), saiz dia agak besar dan poket akan senget sikit. 

Bab nak pilih saiz, bahagian mana itu terpulang kepada kreativiti masing-masing. 






Step 2 :
Untuk menaikkan seri pada beg aku ni, aku korek beg-beg lama yang dah rosak ambik mana bahagian yang boleh diambil. Macam beg ni (gambar bawah), aku tetas ambik 'epal yang digigit' tu. Beg ni aku dah tak pakai sebab terkoyak sana sini dah.. 




Step 3 : 
Selepas siap gunting mana yang patut, jom lah mula menjahit. Mula-mula aku cantumkan 'epal' tu pada bahagian poket yang aku dah tetas dari seluar. 





Step 4 :
Lepas dah siap cantumkan 'epal' pada poket tu, jahit lah poket tu pada 'beg'. Adjust bagi elok-elok mana nak letak. 



Step 5:
Pusing bahagian dalam dan cantumkan pada bahagian bawah (maaf untuk bahagian ni aku tak ambik gambar). Untuk cantuman bahagian bawah ni, bahagian hujung (penjuru) jahit sikit bagi jadi segitiga (paham tak eh?) untuk bagi beg tu nampak tebal. 


Step 6:
Seterusnya, tengok gambar kat bawah ni, ini adalah bahagian dalam. Kain lapik ni aku gunting ja dari beg aku yang tadi tu. Jahit molek-molek (pastikan bahagian ni kecik sikit ja dari beg luar (kain jeans), kecikkan dalam 1/2 inci pun ok. Yang bahagian ni kalau masih samar-samar, pi usha beg tangan hangpa masing-masing, nanti paham lah tu.. 




Step 7: 
Lepas itu, sumbat lah bahagian dalam tu, jahit elok-elok bahagian mulut beg tu.


Step 8:
Seterusnya, bahagian penutup tu, aku tak gunakan zip untuk beg ni, aku cuma gunakan butang tekan tu. Gambar pun aku malas nak snap.. Haha.. Maaf lagi sekali.. 

Step 9:
Akhir sekali buat lah tali. Lebar tali cuma 1 cm  sahaja (ikut kesesuaian). Panjang tali tu adjust lah sendiri, ikut suka hangpa lah eh. Beg aku? aku pun tak tau berapa panjang aku buat tu.. :P


Taraaaaa... Rupa beg aku.. 





Aku buat ni tak gunakan sangat ukuran.. Main buat saja.. Alah tak payah nak ukur-ukur sangat, buat ja ikut suka tekak hangpa. Lagipun dah ambik pun seluar kan bukan kain bidang, jadi potong aje lah ikut seluar masing-masing.. 

Untuk aku siapkan beg ni aku cuma ambik masa dalam 45 minit macam tu, sebab aku main buat ja, tak fikir nak ukur tanda sana sini.. Hehe.. Aku rasa kalau orang lain mesti lagi cantik dan kemas. 

Kepada yang nak cuba tu tapi tak paham apa aku kongsi ni, pi la tengok kat you tube. Berlambak video ada kan.. Maaf lah eh kalau aku kongsi tapi hangpa tak paham. Aku tak pandai nak tulis tutorial. 

By the way, thanks yang sudi baca sampai habis.. tata..

Muzium Pamoga : Mujur ada pamoga..

*** Fuhhh.... Tiup habuk dulu... :D

Lama nya tak merapu meraban kat sini kan.. Bila lama tinggal, nak sambung balik tu terasa benar malasnya.. 


*** Buffing.....


Eh, sebenarnya aku pun tak tau nak beletiaq (story) apa kat entri ni.. Macam lost pulak..Nak cerita apa, isu semasa? Itu hangpa boleh pi tengok berita, aku pun bukan wartawan kan nak buat entri isu semasa ni. HAha..

Alah rutin harian aku ni boring ja, balik-balik benda yang sama aku buat hari-hari.. Weekend pun sama saja.. Pagi pergi kerja, bila petang balik kerja.. Malam-malam lak, ngadap buku, dengar sidang video (kelas).. Kerja belajar, belajar kerja.. So boring right?

Tapi kan... Aku ada juga selit-selit gi trekking, joging (banyak jalan ja, :P) hujung-hujung minggu.. Selfie sikit then balik rumah buat benda yang sama..

SAHIH KE TIDAK??

Apabila semua orang boleh mengeluarkan hukum dan fatwa sendiri, habis lah kontang kanting semuanya. 

Dilaman-laman sosial ni, baca ja percaya jangan dulu. Kalau pun cerita tu betul sekali pun. Kepada yang "kaki share statement" orang lain di media sosial, tolonglah jadi bijak sikit dengan memastikan kesahihan cerita.

Bila terlalu ramai kongsi, maka benda tak betul berteraburan di merata-rata dan dibaca oleh ramai lagi orang. Kalau benda tu salah, kita yang kongsi ni pun berkongsi sekali dosa dengan penyebar-penyebar lain. 

Sudah lah pahalanya kurang, ditambah lagi dosa yang kita sendiri tak sedar. 

Kalau kita sendiri tak yakin dan mencurigakan janganlah kongsi. Kita bukan pakar dalam semua hal, diam sudah lah.. Sibuk aja nak kongsi. benda kecil pun nak di viral nanti.. 



Contoh: daripada facebook (Ianya sekadar contoh bukan bermakna aku sokong mana-mana)

Pernah kan dengar pepatah melayu mengatakan " diam itu lebih baik dari berkata-kata" . 

Bila tak tahu sesuatu tu, baik diam dari mengeluarkan perkataan yang salah.. 


#Salam Syawal 16

*  *  *  *  *

Terima kasih kepada Sis Yana Yani pemilik blog Diari Seorang Mama dan Kanda Scdha Sein pemilik blog Scdha Sein Photo and Travel atas kiriman kad raya. Sorry tak buat entri special.. Have Allah Bless You... <3

Deman Pokemon

Seingat aku lah kan, layan anime pokemon ni masa sekolah rendah.. Kumpul koleksi barang sekolah terutamanya pemadam.. 

Bukan layan pun game tu semua, seronok kumpul tu pun sebab comel ja pokemon ni, tambah-tambah Pikachu tu.. Pika..pika..pikachuuuuu.. Hehe..

Kegilaan pada Pokemon masa tu sampai timbul isi Zionis lah oleh golongan Ustad Ustazah ni.. Sampai kan kat sekolah tu siapa yang sebut Pokemon di cop nya kita nak jadi Yahudi. 

Masa tu aku ni budak-budak lagi, tak kenal pun Zionis tu apa.. Yahudi tu pun heran aku, apa dia lah kan.. Orang jahat ka.. Haha.. Serius bodoh lagi masa tu.. :P

Dah apa yang keluar dari mulut-mulut Ustazah ni percaya lah bulat-bulat.. Siap buang habis semua koleksi kad ngan pemadam tu semua. hahaha.. 

Bila di fikirkan balik, zionis ni memang lah jahat, tapi kesian pun ada bila di fitnah atas benda yang depa pun tak buat.. HAHAHAHAHAHAAAA.... 

Wal hal, Pokemon ni dicipta oleh Jepun kan.. 

Sekarang ni tengah heboh pasal Pokemon go.. Macam seronok je tengok video promo Haha.. Kawan kerja aku sorang ni gigih tau dok cari Pokemon.. HAHA.. Sian dia baru dapat 1.. KAH..KAH.. 



NK: Mitos ja Pokemon ngan Yahudi tu.. Aku minat anime dia ja, game tak heran, sebab tak mampu pun nak main.. :P



Bosan laaahhh, sembang benda lain boleh?

Antara faktor aku malas nak sembang-sembang dengan kawan-kawan ni sebab, balik-balik topiknya jodoh, kahwin, boyfriend.. Sumpah bosan kot.. 

Nak-nak pula kalau kawan-kawan yang dah kahwin ni, dok bersyarah baik punya pasal rumah tangga, kahwin-kahwin ni.. aduuhhh!!.. 

Bukan benci atau tak nak kahwin, tapi soal jodoh ajal maut ni mana kita tahu kan. Sampai masa tu nanti baru kita tahu. 

Kita hanya merancang, akhirnya penentu tu nanti bukan kita.. 

Banyak lagi kot isu-isu lain boleh bincang. Kalau masing-masing kongsikan hal-hal lain, boleh juga tambah-tambah ilmu kan.. 

Jangan tengok sangat drama melayu TV3 suku tu, balik nanti kita pun 3 suku. Tak habis-habis dengan cerita cinta cintun kahwin anak orang kaya. 

Permikiran kita dibasuh dengan cerita-cerita cinta sangat, sampai topik hari-hari pun cinta, cinta, cinta.. 

Kalau sembang cinta Allah, Rasul, Mak Ayah ok gak kan.. Ni bukan...


NK: Merepek pula kan hari ni.. Bukan anti kahwin atau cinta, jangan salah faham.. Cuma bosan dengan topik sama jaaa..


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua yang singgah sini, mohon maaf kalau ada kata-kata atau coretan yang menginggung perasaan siapa-siapa.. Harap jangan simpan dalam hati, biarlah ianya berlalu bagai angin putir beliung.. Haha.. Kosong-kosong ye.. 



Cerita Orang Rabun

Sejam waktu rehat tengah hari ni dimanfaatkan sebaiknya depan PC.. Apa lagi kalau tak 'online' kan.. HAHA.. 
Sapa rabun dan bercermin mata? Kita geng. Kalau rabun yang pakai 'contact lens' tak geng ok.. HAHA.. 

credit

Alhamdulillah, kami bukan buta, cuma nampak kabur. Ini cerita saya, budak rabun jauh.
1. Kadang-kadang, kami tertidur pakai cermin mata. Kadang-kadang kami terjaga bila ada bunyi, prakkkk. ðŸ˜‚ masa tu, kami belajar erti penyesalan sebenar.
2. Jika lupa letak cermin mata di mana, kami akan menggelabah. Sebab untuk cari cermin mata tu, kami perlukan cermin mata. ðŸ˜‚ Maka, mak dan adik beradik selalu jadi mangsa untuk tolong carikan.
3. Kalau keluar kereta atau kawasan ber'aircond', cermin mata pasti berkabus dan tak nampak apa-apa. Cuak dia kemain lagi. Kami akan hembus cermin mata tu dan gosok guna baju.
4. Kadang-kadang, kami gosok cermin mata kami guna kain tudung atau baju kawan kami. ðŸ˜‚ sorry gais.
5. Kalau mandi kat pantai, kami akan buka cermin mata dan tawakal guna penglihatan terhad yang ada. Kalau degil juga, korang jangan pelik kalau jumpa banyak cermin mata kat dasar laut. ðŸ˜‚
6. Mata kami biasanya sepet kalau buka spek. Kalau tak sepet pun, kami sendiri akan sepetkan mata. Jangan tanya kenapa. Ada juga kata anak mata kami bersepah. ðŸ˜‚
7. Orang berkaca mata biasanya ada masalah pendengaran sedikit. Sebab doktor kata, telinga dan mata ada kaitan.
8. Kami selalu ambil masa nak pilih bingkai cermin mata. Kalau dah terbiasa dengan satu bingkai, kami ada potensi pilih design yang sama lain kali.
9. Muka orang pakai kaca mata ni kadang-kadang se'pattern'. Kami akan selalu jumpa orang cakap macam ni, "Muka awak sama dengan kawan saya"
10. Orang pakai kaca mata mudah rasa pening kepala. Tapi kalau sangkut dalam jem, orang tak pakai kaca mata pun boleh pening kepala. ðŸ˜‚
11. Kami ada tabiat betulkan kedudukan cermin mata guna tangan terutama masa bercakap dengan orang.
12. Kami paling takut kalau orang terpijak cermin mata kami.
13. Biasanya, kami ada cermin mata ke-dua. Back up.
14. Kami ada masalah kalau berpeluh atau berlari atau rukuk. Cermin mata ada potensi menggelongsor dan buat kami rasa tak selesa.
15. Kadang-kadang, kami jeles dengan orang yang tak perlu pakai cermin mata.
16. Saya rabun jauh, jadi, kalau baca buku, saya tak selesa pakai cermin mata.
17. Kalau pakai baju atau bukak baju, kadang-kadang kami lupa buka cermin mata dan ia tersangkut bersama baju.
18. Kalau naik motor waktu hujan, kami terpaksa berhenti tepi kalau helmet tak da visor. Sebab cermin mata kami tak da wiper.
19. Masa belajar bercakap depan orang ramai dulu, saya buka cermin mata supaya tak nampak muka orang ramai.
20. Pemerhatian saya, kebanyakan budak berkaca mata pernah pakai cermin mata fotokromik, yang boleh bertukar gelap kalau kene matahari.
21. Kadang-kadang side burn kami terangkat sebab tersepit oleh bingkai cermin mata.
22. Kalau perempuan, kami perhatikan, suka pakai cermin mata, bingkai letak luar tudung sebab kalau masukkan bingkai sekali, nampak lebar katanya. ðŸ˜‚
23. Ramai orang fikir, budak pakai cermin mata ni sebab banyak baca buku. Saya setuju. Memang pun, saya banyak baca buku. . . . . komik. Tapi, ramai budak sekarang kecik-kecik pakai cermin mata sebab banyak tengok skrin. ðŸ˜§ Kami dulu kalau tengok Flashman ke, Tomatoman ke, Keluarga Yogi ke, Sailormoon ke, Cybercop ke, jarak mata dengan TV masih lebih sedepa. Budak sekarang, jarak mata dengan skrin kurang sejengkal. ðŸ˜§
24. Lepas buka cermin mata, kami ada tabiat sapu muka, sapu mata atau korek taik mata. ðŸ˜ˆ
25. Kami ada masalah kalau bermain dengan budak kecil. Masa gomol diorang, cermin mata kami selalu terkena muka comel mereka. Kesian kau dik. ðŸ˜‚
26. Setiap kami pernah ada kawan yang tanya soalan ni, "Berapa power ko?", "Nak cuba spect ko boleh?". Lepas dia cuba, dia akan kata, "Uish. Pening kepala aku pakai spect ko ni"

Credit: Bro Spek

Kawan-kawan yang tak rabun selalu nak tuduh kami yang rabun-rabun ni sombong kalau tak senyum (jika tak becermin mata). Depa lupa atau buat-buat lupa yang kami ni rabun.. Haha.. Kisah sampai 26 episod kat atas tu bukan I tulis, copy paste saja.. Kira mewakili suara hati.. Kah..kah.. 
Tengah-tengah hari ni ngantuk, jadi bagi menghilangkan ngantuk tu update dulu seround.. HEHE.. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...