advertisement

Doa pergi bekerja

Sumber : Telaga Biru ( Biru ok bukan merah)

Doa apa yang U ols biasa amalkan sebelum pergi kerja? I biasa baca Bismillah hi tawakkkal je selepas keluar rumah (itu pun kadang2 lupa) atau ayat kursi. Alhamdulillah jumpa doa ni tadi. Dari biasa baca Bismillah hi tawakkal tu a'lallah saja, sekarang boleh tambah lagi sikit..

Semoga bermanfaat untuk semua.. 

NK: Gatal tangan ni nak menaip panjang, tapi tengah ada kerja ni.. Macam tak baik je kan curi waktu kerja lama-lama.. penat nak cover nanti.. Happy monday to u olls.. 

Kepada blogger yang baru terjah last week tu ada yang xsempat nak terjah balik, sorry ok.. Ada 2 blog I xdapat masuk.. Dia keluar kod2 apa ntah.. Huhu.. Sorry, bukan sombong ok.. 

Untuk Kak Noor, I'm sorry lama tak singgah blog Kak Noor, Blog Kak Noor ada virus eh? banyak kali dapat warning.. Dah tak berani nak terjah lagi.. blog Kak Noor femes sangat.. Hihik..Sorry Kak Noor, I always support U, rindu jugak nak baca resepi2 dari Kak Noor, Mujur share kat FB.. ;)


Maksudnya lain sungguh



Holla Malaysian, guna tak word di bawah ni?

Orang kampung macam Kak Senah ( I lettew) memang guna U ols.. biasa lah orang kampung.. Patut lah Kak Senah tak pandai English, Kak Senah suka memandai-mandai. Hehe.. 

Kak Senah sebenarnya bosan kat office ni, besalah kalau sabtu kena kerja.. 

Tak tahu plak slumber tu maknanya tidur lena.. Ish..ish.. memang slumber ja Kak Senah ingat bersahaja.. Lain-lain tu Kak Senah dah tahu maknanya.. Bab Spender tu yang kelakar sikit kan.. Sian Kak Senah ni, rasa kekok U ols guna spender dalam writing yang maksudnya lain bebenor. Haha.. 

Kak Senah pun tak tau pasai pa Spender tu merujuk kepada seluar dalam.. Ada sapa2 tau? Kak Senah ikut-ikut ja.. Tak dak eh Kak Senah nak panggil 'underware', seluar kecik ke, Kak Senah bantai spender ja kat kedai pun.. Hihi.. 



Sumber: SukanStar TV


NK: Tiba-tiba nak menjadi Kak Senah plak hari ni.. Hihiihi... Sapa kerja hari ni? Moh hi-5 sikit.. Sapa cuti tu, pi join sukan apa2.. Hari sukan lah katakan.. :-)..Bye

Keperluan diri terabai

Tajuk macam sadis sangat kan U ols.. haha.. I perasan sejak dua menjak ni I macam abaikan badan ni haa.. Sian badan I tak cukup kasih sayang tuannya.. Kah.kah.. 

Dalam kepala hotak ni dok ingat benda-benda lain lagi dari hal diri sendiri.. Sampaikan lesen mati pun tak ingat. Tarikh lesen mati kan birthday kita.. kebetulan rod tax lori company pun jatuh tarikh yang sama. I lebih ingat pasal lori tu dari lesen sendiri, wal hal dari bulan 8 lagi dah check lesen and take note, alih-alih lupa. Mungkin tarikh tu dekat dengan raya, jadi kelam kabut sikit. 

Selama 2 minggu jugaklah kehulur kehilir dengan lesen mati.. Mujur tau, masa rob block polis tak tahan check lesen bagai.. I dia lepaskan lalu ja.. Kenyip mata sikit kat abam polis tu.. hehe.. Dok perasan laaa, polis-polis hat buat rob block tu muda-muda gi.. Eh! tergatai plak I..Huhu..

Setiap kali weekend, ingat dapatlah memanjakan diri ni haa, tapi haroomm.. Dalam dok cuti tu pun dok teringatlah hal kerja. Ish, benci tau.. Cuba paksa diri ni lupa sat pasal kerja. Ye lah cuti kan hari berlibur, tak mau la fikir kerja, tapi tak boleh terfikir jugak.. Last, terbuat kerja kat rumah.. Tinggal habis naskah-naskah cinta lecturer.. Hehe...

Keluar beli barang untuk keperluan rumah ngan diri sendiri pun masih terfikir barang-barang office yang dah lama habis.. Memang terkena batang hidung bila ada orang kata "hang ni dah jadi hamba kerja".. Sob..sob... 

Tak da sapa paksa pun buat semua tu, ia atas diri sendiri.. Rasa tak puas kalau kita cuti tapi kerja masih tak siap.. Bukan tak mau siapkan, dah memang tak dapat nak siap.. Nak buat camno kan.. 

Yang lagi kesian kan U ols, I beli barang nak masak, dah lama teringin nak buat.. Pastu boleh plak lupa.. Habis expired barang-barang pun.. Barang basah mana nak tahan lama.. Dah berlaku pembaziran.. Sedih ja I masa nak buang tu.. Memang menjadi kepantangan I membazir.. Huhu.. 

Last week kan bajet aarrr berehat sebentar.. Tu bukan rehat apa U ols, rehat online ja.. Kah..kah.. Ada eh ingat I tengah layan perasaan sedih syahdu madu semua kan? Ada plak tu ingat I nak kahwin bagai.. Adooiiii...Hahaha...

Tak dak maknanya U ols.. I is ok mokey ja.. Saja lah mood I berubah sat.. Mana ngan asyik sakit kepala ja lately..Mungkin sebab tu dia jadi camtu.. Rasanya minggu ni dah ok sikit.. Tunggu nah nak pi melawat teratak indah U ols.. Jangan tak sambut plak.. Sian satgi I dok jengok depan pintu ja.. Haha...


NK: Tak payah nak cari gambar sangat k, internet macam siput nak mati, memang tak leh nak upload gambar.. Haha.. Sebab lama sangat blog ni senyap, mood nak berletiaq (bebel) mai plak, so U ols layankan je lah I punya bebelan ni.. Haha.. 

Mitos Vitamin B

Hai U ols yang cantik jelita dan awesome tu.. hehe.. No..no bukan ayat pembodek ok. U ols sihat ke? Al maklumlah sekarang kan musim jerebu. Sesak nafas I dibuatnya. Huhu..

Ok lah, ni bukan nak bebel pasal jerebu.. Pasal benda lain (sila baca tajuk kat atas dan hadam) :D





Pernah makan vitamin B dalam pil camtu? Kalau U ols suspected kurang darah biasanya dapatlah souvenir dari Doktor yang merawat. Kan..kan.. 

Makan ke idak? ke buang dalam tong sampah? Al maklumlah pil kuning tu kan berbau kuat. Ramai yang tak suka, termasuk lah yang menaip ni haa (I la tu..Hehe).. Tapi.tapi.. selain bau dia yang superb 'wangi' tu kebanyakan orang tak nak ambil ialah risau berat badan naik. 

Rupa-rupanya masih ada yang percaya tentang mitos-mitos vitamin B ni. Sian vitamin B yang tak bersalah ni. U ols nak tahu, vitamin B ni adalah komponen utama yang agak penting untuk tubuh badan kita tau. Cuba klik sini vitamin B, baca dan hadamkan ye sebelum meneruskan bebelan I kat sini.

Apalah yang ditakutkan nak ambil suplemen Vitamin B eh?

Betulkah Vitamin B menggemukan?

Mereka-mereka yang bertubuh sederhana mahupun agak berisi memang takut dengar ayat menggemukan. Ianya seolah-olah hukuman berat yang bakal diterima. Betul tak? I pun tak mau kalau ianya menggemukan. 

Fungsi vitamin B antaranya ialah menukarkan makanan kepada tenaga terutamanya karbohidrat dan protein. Tambahan pula, vitamin B sejenis vitamin larut air. Ianya akan dikeluarkan melalui air kencing jika melebihi dari keperluan badan. So, don't worry ok untuk mengambil suplemen vitamin B. 

Tips nak ambik suplemen vitamin B:-

1. pastikan vitamin B komplek yang lengkap kesemua kumpulan vitamin B dan folik asid.
2. jika anda risaukan kenaikan berat badan, ambil suplemen vitamin B anda selepas makan.
3. minum air kosong secukupnya. 


*NK: Tiba-tiba rasa nak membebel.. I rindu kat U ols.. Thanks yaa mai singgah rumah I ni.. Nanti I pi kacau hampa k.. La ni tenet I slow tahap siput nak mati, loading satu2 entry tu mak aii lama sungguh.. 




Omar Series : Drama kisah benar

Sejak terjumpa sorotan video pendek di facebook tentang drama Omar Series, I terus buat carian di You Tube. Drama kisah benar tentang kehidupan Saidina Omar Al Khattab, Khalifah Ar-Rashidin yang kedua.

Kehebatan pemerintahan Saidina Omar di era pemerintahannya memang disebut-sebut sehingga kini. Sebagai umat Islam, kita seharusnya mengetahui tentang sejarah keagongan Islam yang dibawa oleh Baginda Rasulullah (S.A.W). 

Dalam kesibukan kerja dan benda-benda lain, I curi-curi masa untuk menghayati kisah benar dan teladan ni. Drama yang mengandungi 30 episod, bermula dari awal Rasulullah menyebarkan Islam. 

Watak Baginda, isteri-isteri dan puteri Baginda di selindung. Namun, watak-watak lain jelas seperti Saidina Abu Bakr, Omar dan lain-lain. Saidina Omar yang terkenal dengan kegarangannya, dimainkan dengan baik. 

Drama ini dikongsikan oleh MBC Group di Youtube yang menunjukan melebihi 3 juta penonton. Semoga sejarah Islam ini terus mekar dalam ingatan setiap Muslim.

Saat menulis entry ni, I dah pun sampai ke episod 23, dimana Saidina Omar baru saja dilantik menjadi Khalifah. Beliau sangat-sangat menolak dan merasakan tidak layak, malah tidak berani memegang amanah yang sangat besar tu. Lain sungguh dengan keadaan pemimpin sekarang. 

I kongsikan disini episod 1 daripada drama tersebut. 

Episod 1



Alangkah bagus buat cerita begini, memang tak kisahlah kuota internet habis sebab layan cerita begini dari cerita ntah apa-apa tu kan.. Asyik-asyik cerita cinta, kahwin paksa, cinta 3 segilah.. 

Walaupun agak susah nak memahami cerita sebab kelemahan I dalam English. Subtitles dalam English sahaja. Siap kamus kat sebelah U ols..:D Tapi, dapat juga belajar beberapa perkataan arab.

Bila dikeluarkan cerita ini I pun tak pasti. ;=)


*Mood berehat masih On.. hehe.. So kurang sikit menyerang entry-entry U ols.. Layan 1 episod lagi malam ni sebelum berdengkur. ;=)




Berehat sebentar





Dah masuk bulan baru.. Cepat ja masa berlalu.. Thanks kawan-kawan blogger yang sudi singgah sini.. I nampak nama-nama baru.. TQ ye kawan-kawan baru sudi datang. Lately, tuan rumah hilang segala mood nak buat semua benda.

Kerja buat sambil lewa, makan pun ala kadar ja, study, memang tak la 2-3 hari ni.. Badan sihat, cuma otak ni macam ting tong sikit.. huhu..

Sorry tau sebab tak balas pun komen-komen n tak buat komen balas. I datang ke blog U ols (some), tapi tak komen. I jadi tak tau nak komen apa, takut nanti komen yang tak best plak keluar. So, I jadi silent reader ja..

I harap U ols sentiasa sihat and happy selalu.. Bye..










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...