advertisement

HAPUSKAN LEMAK JAHAT



LEMAK PANJANGKAN USIA     




LEMAK selalu dikaitkan dengan pelbagai penyakit. Namun tanpa penggunaan lemak, masakan yang dihasilkan juga pastinya kurang sedap. Malah lemak sering kali menjadi trauma buat individu yang dalam proses menguruskan badan.(macam saya, hihi).

Akan tetapi, apa kan daya tak semua lemak bersifat jahat dan mengingkirkan semua lemak adalah tindakan yang kurang bijak. Proses biologi di dlm tubuh masih memerlukan lemak bagi memastikan berjalan lancar.


JENIS-JENIS LEMAK


Lemak terbahagi kepada 3 iaitu lemak tepu, lemak tidak tepu dan lemak trans. 


     1.      Lemak tidak tepu

Iaitu terbahagi kepada lemak poli mono tidak tepu dan lemak poli tidak tepu.  Lemak jenis ini adalah lemak ‘baik’ yang mana berperanan meningkatkan kolestrol baik(HDL) serta menurunkan kolestrol jahat(LDL), malah dapat meningkatkan kesihatan jantung. Bukan tu sahaja, lemak poli tidak tepu penting bagi mengawal paras kolestrol secara keseluruhan. Sumber lemak tidak tepu ialah kekacang, bijian, sayuraan, soya, dan brans beras. Tubuh kita tidak boleh menghasilkan beberapa jenis asid lemak yg diperlukan untuk kesihatan. Ikan laut dalam seperti salmon, tuna, sardin makerel membekalkan asid lemak perlu omega-3 yg penting utk memerangi LDL, melawan keradangan dan melindungi sistem otak dan saraf.


     2.     Lemak tepu

Minyak dan lemak tepu selalunya dihindari oleh kita sebab ia bersifat ‘jahat’. Ia boleh menyebabkan peningkatan kolestrol jahat(LDL) yg boleh menyebabkan sakit jantung. Pengambilan yg berlebihan akan meningkatkan tahap kolestrol dlm darah dan boleh menyebabkan strok dan sakit jantung. Kandungan lemak ini haruslah tidak melebihi 7 %. Ia terdiri daripada minyak kelapa, minyak isirung sawit dan lemak haiwan.


     3.     Lemak trans

Inilah lemak yang paling ‘mengancam nyawa’. Walaupun kita ambil dalam kuantiti yg sedikit tapi secara berterusan ia tetap memberi kesan. Ia bukan sahaja meningatkan kolestrol jahat malah mengurangkan kolestrol baik. Antara implikasi yang akan berlaku jika kandungan lemak trans berlebihan adalah meningkatkan risiko penyakit jantung, strok  serta menjadi penyebab kanser dan diabetes. Sebolehnya elakkan pengambilan makanan yg diproses. Hampir semua makanan tersebut mengandungi lemak trans seperti mee segera.



TIP MENGURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK


  • Makan ikan terutamanya ikan salmon(sekurangnya 2 kali seminggu)

  • Guna kuali leper kerana ia memerlukan kurang minyak berbanding kuali lengkung.

  • Had makanan bergoreng

  • Pilih kaedah memasak seperti kukus, rebus, celur dan bakar.

  • Guna tuala kertas untuk melapik pinggan

  • Gantikan santan kepada susu

  • Buang lemak pada daging dan ayam terutamanya kulit ayam                                     

  • Hadkan pengambilan marjerin,mentega, makanan yg mengandungi banyak lemak dan snek.



Jadi, macam mana? Anda dapat fahamkan bahawa lemak ni tak semua jahat. Kita masih memerlukan lemak Cuma harus dihadkan pengambilannya dengan tidak melebihi 30-35 % daripada kalori harian.




Ok lah sini dulu ye.. nanti sambung lagi..



VITAMIN MANTAPKAN KETAHANAN TUBUH



Salam semua, semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Keadaan cuaca yang tidak menentu, ditambah pula dengan persekitaran yang kurang sihat membuatkan kita selalu sahaja diserang penyakit terutamanya demam dan selsema.  Janganlah pula anda berasa tertekan jika mendapat musibah seperti sakit, ianya hanyalah ujian dari Allah. Semoga kita tabah menghadapinya.

Faktor-faktor yang melemahkan sistem pertahanan.

Kita bergantung kepada sistem pertahanan badan(sistem imun) yang mempertahankan badan kita secara semula jadi daripada dijangkiti kuman seperti bakteria dan virus(seperti H1N1, SARS dan selsema). Namun mengekalkan sistem imun yg sihat pada zaman sekarang sangat mencabar.

Antara faktor-faktor yang melemahkan sistem imun adalah makan makanan yang diproses dan mengalami tekanan hidup. Bukan itu sahaja, kurang bersenam dan tidak cukup tidur juga adalah punca sistem imun menjadi lemah yang mana impaknya badan mudah terdedah kepada masalah kesihatan.

Terdapat banyak penyelidikan menunjukkan yang tekanan hidup dari segi mental dan fizikal boleh melemahkan sistem imun. Cuba renungkan beberapa fakta berikut:

  •       Menjelang 2017 peluang mendapat kanser dijangka melebihi 50%

  •    Sejuta orang mati setiap tahun kerana keracunan makanan.

  • Kematian disebabkan penyakit berjangkit antara 25-44 tahun telah meningkat enam kali ganda.
  • 50000 tan antibiotik digunakan setiap tahun di seluruh dunia ke atas manusia, haiwan dan tumbuhan.
  •  Kita mula mengalami secara purata 3 kali selsema dalam setahun.

  • Satu dalam 3 orang mendidapi alergi

Rujukan fakta diatas adalah daripada majalah iSihat, November 2013, 35

Jadi, persoalannya, apakah yang boleh kita lakukan? Berdiam diri, berpeluh tubuh, membiarkan sahaja tubuh terdedah kepada ancaman atau mencari satu solusi kesihatan? Sikap gemar bergantung kepada ubat apabila diserang penyakit seharusnya sudah lama ditinggalkan. Ini kerana sebagaimana yang kita ketahui mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Apakah yang tubuh kita perlukan untuk kekal ‘kebal’?
Jadi, berbalik kepada rungkaian di atas, sukacitanya saya nak ‘share’ kepada anda vitamin yang sangat bagus untuk menguatkan ketahanan tubuh.


1. NUTRIFERON


Merupakan produk berpaten dengan campuran ekstrak tumbuhan yang terbukti secara klinikal dapat menguatkan sistem imun. Bila diambil setiap hari dapat meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh badan kita yang merupakan pengaktif kritikal sistem imun.

   2.   Vitamin C

Sebagai antioksidan yang kuat, vitamin C merupakan nutrien yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah.

   3.   Zink

Selain vitamin C, zink juga antioksidan yang baik. Zink adalah sebagai sebahagian daripada tindak balas enzim. Ia perlu untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan. Secara tidak langsungnya, zink membantu menguatkan sistem imun.

   4.   Garlic(bawang putih)

Kita sedia maklum yang bawang putih telah digunakan secara menyeluruh kerana sedar bahawa bawang putih amat baik dalam menguatkan ketahanan tubuh.Saya telah bincangkan dalam artikel sebelum ini.



Tidak kiralah bagaimana cara sekali pun anda bekalkan vitamin tersebut dalam badan anda untuk kesihatan badan. Tetapi, pastikan diet seharian anda lengkap dengan kandungan nutrien dan vitamin yang diperlukan tubuh. Vitamin C bersifat larut air dan tidak boleh disimpan dalam tubuh, oleh itu, anda harus membekalkan vitamin C setiap hari. Persoalannya, cukupkah?

Saya cadangkan jika anda gagal membekalkan nutrien dan vitamin yang lengkap dalam diet seharian anda, eloklah kiranya anda mengamalkan pengambilan supplemen. Tidak kisahlah anda memilih keluaran apa sekali pun. Tetapi, saya hanya mengamalkan supplemen Shaklee yang telah terbukti bertahun-tahun akan kandungannya yang semulajadi dan selamat.

Jika anda berminat untuk dapatkan supplemen2 di atas sudi kiranya anda menghubungi saya untuk keterangan lanjut.

Sampai sini dulu coretan saya, wassalam..



Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...