advertisement

Meleleh air liur...

           Musim kemarau ni memang selera makan out lah, nak-nak pula sekali pakej demam selsema sakit tekak ni.. Nampak ja di newsfeed FB (facebook), apa lagi rasa nak meleleh air liur aish...

Durian  memang raja buah lah.. Setiap tahun memang tertunggu-tunggu musim durian. Kat rumah I yang sekangkang kera ni pun ada sepokok. Ok lah nak merasa durian tanpa keluar duit.. 

Nikmatnya dapat layan pulut durian masa-masa demam ni.. Huhu..


Sumber: Google
Serawa durian atau sesetengah tempat lain mungkin sebut lain.. Biasanya kalau buah yang agak ranum memang sedap buat serawa.. Ohh nikmatnya... 

sumber: google
Kalau tak nak buat serawa, makan macam ni pun sedap u ols.. Janji buah tu manis dan lemak-lemak gitu.. 


p/s: Bestnya kalau ada yang hantar kat depan rumah.. :D

Macam-macam

Selepas cuti yang panjang, I tak tau nak tulis apa sebenarnya ni.. Ni entri untuk santai-santai ja. 

Sebenarnya, I agak sibuk 2-3 minggu lepas.. Start dari 19 Jan sampai 5 Feb, I ada kursus intensif dan bertapa di USM sepanjang tempoh tu. Masa tu lah nak 'pulun' study untuk test, nak siapkan beberapa assignment. Untuk buatkan I lebih focus, tu yang I tinggalkan sekejap dunia maya ni.. Hehe.. Jangan kata blog, facebook I pun senyap ja.. 

Alhamdulillah.... all my test running well.. Harap dapatlah carry mark baik sikit ;)..

Lepas ja kursus intensif ni, seminggu kemudian, wedding adik I.. Yeah, my sister dah kahwin dulu.. Hehe... Akak dia? mestilah dok perasan muda tak habis-habis.. HAHA....

I tak 'kalut' sangat sebab abang I pun tak kahwin lagi.. HAHA... langkau 2 adik I ni.. nak wat camna kan jodoh, ajal, maut ni bukan kita tau.. Adik I yang selalu dok gaduh dulu dah kahwin.. ohh, cepat sungguh masa berlalu... :(

UPDATE: PERMOHONAN PROGRAM PJJ USM 2016/2017 DI BUKA

Assalamualaikum n salam sejahtera...

Disebabkan jumlah view yang tinggi dan ada juga dapat email bertanyakan tentang PJJ di USM ni. Memandangkan I adalah salah seorang pelajar dalam program ni, maka dengan ini I  nak kongsikan setakat termampu tentang program PJJ di USM ni. 

Untuk makluman yang belum tahu, tempoh minima untuk program Ijazah PJJ USM ni ialah 5 tahun. Ianya bermula pada sesi 2015/2016 lagi. So, jangan nanti buat-buat terkejut pulak ye (kalau minta laa).. 

Untuk permohonan sesi tahun depan kepada bakal pelajar baru telah pun dibuka Januari lalu. Disebabkan kekangan masa, I tak dapat nak update bulan lepas. Tak pa, jangan risau masih sempat lagi.. 


Lambat lagi tarikh tutup, so apalagi, mohon cepat...

Bagaimana nak mohon? 

Mohon anda baca di sini



Untuk maklumat lanjut, boleh ke link >> https://pohon.usm.my/

Inilah peluang anda sambung belajar bagi mereka yang telah bekerja dan sayang nak berhenti kerja. Kalau ikut pada pendapat I, sistem PJJ USM ni antara yang mudah dan murah. 

Bagi yang malas nak klik link tu, meh nak kongsikan jumlah yuran yang dikenakan dalam tempoh pengajian setahun.



Semoga membantu kepada mereka yang bertanya. Selamat berjaya sekiranya anda memohon. 




NK: Fast update after long holiday.. ^_^










BERCUTI PANJANG

Kalau blog ni macam buku, agaknya memang betul-betul berhabuk. Terabai lama dah rasanya.. Tangan ni gatal ja nak menaip tapi masa tu sangat mencemburui. 

I akan bercuti panjang dari berblog. Selepas raya cina nanti baru I muncul balik. Bukan bercuti raya k. Hehe.. 

Sepanjang 3 minggu ni I akan ada test. Doakan semoga boleh buat. Walaupun peratusan test ni cuma 20-30% sahaja, ianya sangat bermakna buat I. 

Yang belajar tahu lah betapa pentingnya carry mark. Ditambah dengan beberapa assignment yang belum siap. I mohon doa u ols semua semoga urusan I dipermudahkan. 



Nak menimba ilmu pun stress.. Huhuuuukk.. 

Jangan nakal-nakal k. datang sini tolonglah sapu-sapu habuk.. :D.. 

Semoga Allah merahmati U ols.. Bye! 

Australia's Souvenirs Giveaway By SitiYangMenaip & SalbiahM


Sudah lama rasanya tak join GA ni sebab malas nak join.. HAHA.. tapi mereka berdua ni antara rakan blog yang rapat.. Sebagai menyokong GA mereka I pun join. Dengan ini I tag Sis Yana Yini untuk memeriahkan lagi.. Klik banner untuk direct link ke GA..

Terimalah persembahan hamba ni ye Cik T ngan Kak Sal.. Ngeehh.. ngehhh..







TABLET VS LAPTOP

Perbandingan antara laptop dan tablet. Kalau U ols kan lebih pilih yang mana? Katakan berblog, antara tablet dan laptop mana lebih selesa? Kalau I nak banding pun tak pasti sebab I cuma ada laptop tapi tak ada tablet. 

Kalau untuk taip menaip rasanya laptop lebih selesa kot kan berbanding tablet. Pada I fungsi tablet ni lebih banyak persamaan dengan telefon pintar. Atau mungkin kita boleh kata tablet ni gabungan antara telefon pintar dan laptop. 

U ols yang mungkin ada kedua-dua gajet ni lebih arif agaknya dalam perbandingan dua gajet tersebut? 





Best juga kalau bertablet ni, fungsi gabungan antara telefon dan laptop yang mana saiznya lebih kecil dan ringan berbanding laptop membuatkan tablet ada kelebihan tersendiri..

Walaupun laptop I besar dan berat, I masih selesa menggunakan laptop I untuk online dan berblog. Mungkin suatu hari nanti, mana tahu kan I bertukar kepada tablet.. Tapi, kalau bab menaip assignment, laptop juga I nak guna.. huhuu.. 

So, U ols macam mana? 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...