advertisement

Ramai kata dia memang baik..

Apa? sudah tahun baru.. selamat tinggal 2015 yang penuh duka (eeewaahhh).. Tahun 2015 bukan tahun baik untuk I (ni kira tolak bab masalah negara k).. Apa-apa pun welcome 2016.

Sepatutnya entri penghargaan ni I siarkan tahun lepas, sebenarnyakan I lupa.. Huhuu..Kiriman selamat diterima rasanya 2 minggu lalu...

Maaf eh si pemberi, I betul-betul lupa. Sibuk sikit, sampai terlupa. Lepas baca entri Kak Farrah, baru teringat I lupa sesuatu.. Ohh maaf yee Kanda..

Sama macam Kak Farrah, terima kiriman masa tengah mood kucar kacir, muka tegang ja sepanjang hari.. Bila terima ja kiriman ni terus berbunga-bunga hati. 

Tak perlu nak berteka teki, baca saja tulisan di sampul dah tahu siapa yang beri, sebab dia sorang je dapat nama penuh.. haha... 

Sindrom Hujung Tahun



Pejam celik dah hujung tahun 2015. Tahun penuh gawat. Biasanya orang seronok nak melangkah tahun baru. Tapi I, rasa sedih sangat, memang tak mau lah masuk tahun baru. Macam tak puas lagi dah nak masuk tahun lain. Hihi..

I ni terpengaruh dek cerita mitos Peter Pan, budak yang tak besar-besar tu.. Haha.. Esok adalah hari terakhir 2015... Maka esok adalah tarikh terakhir tercatatnya 2015. So selamat tinggal tahun 2015.. huhuhuu.. 

Tiap-tiap hujung tahun ja macam ni lah I, sampaikan bulan 1 tahun baru tu masih terasa bulan 12 tahun lepas lagi.. HAHA.. 

KUTU KEPALA

Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.
Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.

Sumber: Wikipedia




TIPS NAK PANJANGKAN USIA

*****Repost*****


Mahu tak saya kongsikan tips best di pagi rabu ni. Mesti ramai yang sukakan jika kita di beri kesihatan yang baik serta umur yang panjang. Bersyukur lah jika kita diberikan umur yang panjang, ia adalah kerana Allah memberi kita kesempatan untuk terus mengumpul pahala dan memberi kesempatan untuk kita bertaubat. 

Berbalik kepada topik sebenar. Tips nya mudah ja, ketawa ja pun. Susah tak nak buat? tak susah kan.. kalau tak boleh nak ketawa berbahak-bahak tu, senyum je.. 

Jangan Rindu

****Auto publish****


Ini entri cuma nak bagitahu, I agak sibuk dengan macam-macam aktiviti sekarang ni. Sampai naik ting tong otak ni.. Hihiii.. 

Kadang-kadang confuse mana nak diutamakan dulu. Belajar atau kerja? Kalau bab berjalan-jalan memang pilihan terakhir lah kan. Kenduri satu hal. Menghadiri walimatul urus tu macam penting tambah-tambah saudara mara dan kawan-kawan rapat. 

So U ols jangan rindu ye.. hehe.. 

* Biarlah nak perasan.. :P walaupun tahu tak dak sapa nak rindu dendam pun.. HAHA


Jom layan sikit 












12 Cara Menjimatkan Elektrik Di Rumah

Tahun 2015 tahun yang sangat mencabar kita rakyat marhaen ni kan U ols.. Kesempitan hidup yang ramai orang alami. Kalau boleh segala benda kita nak jimat. 

Kalau bab berjimat ni sebenarnya orang berduit ke tak berduit ke digalakkan berjimat. Jangan ikut perangai syaiton yang memang nak kita membazir. Jom semak beberapa aktiviti ni nak tengok sama ada U ols ni membazir atau berjimat.

1. Suka buka lampu di semua ruang rumah pada malam hari. 
2. Tidur dalam cerah atau menggunakan lampu tidur
3. Tidak tutup plug dan mencabutnya selepas digunakan seperti 'charger' telefon bimbit. 
4. Sering terlupa tutup suis kipas selepas guna. 
5. Membiarkan TV dalam keadaan 'sleep' selalu.
6. Basuh baju menggunakan mesin basuh tetapi dalam muatan tidak penuh.
7. Membiarkan pintu peti ais dibuka lama.
8. Memasang penghawa dingin seminimun suhu dan membiarkannya walaupun tiada orang dalam rumah. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...