advertisement

Tersalah pilih kah?

Hari ini I kena kerja, ni kira sesi rehat kejap lah.. biasa hari sabtu memang tak sibuk, so bebel kejap boleh? Hihi.. 

Setiap perempuan mesti inginkan seorang suami yang baik, penyayang, rajin, romantik plus kaya(haha) nak jaga U ols kan? ngaku je lah yang memang U ols  memang inginkan pasangan U ols macam tu kan..

I ? Of course lah nak yang baik, rajin yang penting sayang kita dunia akhirat, kalau dapat yang alim sikit lagi bagus.. haha.. Tapi, kalau kita dapat sebaliknya macam mana?

Seronok sebenarnya datang kenduri kawan-kawan. Akhirnya mereka telah dipinang orang, ada orang sanggup nak jaga kan.. Nampak depa happy ja. 

Bila kahwin biasalah mana nak lepak ngan kawan-kawan dah. Nak balas mesej pun macam payah sangat. Sibuk ngan suami katakan. Nak-nak pulak yang dah beranak pinak. 

Tup-tup lepas 3 tahun tak jumpa, terjumpa pula kat pasar malam dengan gendong anak lagi. Masa tu mula nak keep in touch balik ngan kita yang semakin dilupakan selepas kahwin. Haha.. 

Bersyukur

Baru-baru ni buat pertama kalinya I follow team charity. Dah lama nak join tapi malu sebab I bukan banyak duit nak bagi sumbangan.. Sekadar sumbangan beberapa sen secara senyap-senyap aja mampu. 

Tapi I salah, nak wat amal tak perlu tunggu kaya, tak perlu harta berjuta. Sumbangan tenaga itu pun murni juga kan. Melihat sendiri kesusahan hidup orang lain, membuatkan I betul-betul rasa bersyukur. Satu-satu perkara manis berlaku I terimbau balik. 

Kita selalu rasa kita ni dah susah sangat. Bila kita jumpa orang lain yang lagi susah, baru kita tahu rupanya kita ni lebih baik dari mereka. Allah sebenarnya Maha Adil. Ada hikmah mengapa Allah jadikan kita begini dan begitu..

Jauh dimata dekat dihati





Seperti biasa, I kongsikan 9 orang (sepatutnya sepuluh, tapi SS ada kembar, so kita kira 9 saja) rakan blogger yang setia berkunjung ke sini.. Walaupun masing-masing sibuk dengan macam-macam urusan mereka tetap sudi memeriahkan ruangan komen di blog ntah apa-apa ni..


Sebagai tanda terima kasih terimalah lagu ni.. I tujukan untuk semua yang baca entri ni.. :-)






Ber 'HOHO' Penang : Trick Art Museum

Oleh kerana tak nak entri panjang-panjang sangat, I pecahkan bahagian di Muzium Trick Art ni di sini.. Boleh baca entri sebelum ni di sini..

Museum ni berdekatan sangat dengan Fort Conwallis ngan padang tu. Jom lintas sebelah 
sana...





Muzium ni tak besar mana pun, ada dua tingkat. Gambar cun juga.. Kena pandai ambik.. Kalau rasa tak pandai sangat, jangan malu jangan segan nak minta tolong. Ramai je pembantu-pembantu kat sana yang sudi ambik gambar U ols.. Mereka memang ditugaskan untuk itu pun..

Ber 'HOHO' Penang : City Route

Sambungan entri sebelum ni di sini...


Dari STOP 1 Bas laluan pantai akan ke STOP 9 terus. Ingat ya, STOP 1 dan 9 sahaja ada pertukaran bas. 

Maka kami pilih STOP 9 untuk tukar bas laluan bandar (City Route)..

Di Chowrasta.. Macam kat Tanjung Dawai plak.. Tapi kalau Tanjung Dawai banyak ikan kering dengan kopok lekor lah.. hehe..






Jam menunjukkan pukul 3.40 petang. Kalau laluan pantai kami decide turun di Miami, laluan bandar kami decide turun satu tempat ja..Jalan jem, tak sempat nak singgah banyak tempat. Last pick up jam 7.00 p.m.. Huhu..

Ber 'HOHO' Penang : Beach Route

Tarikan baru di Pulau Pinang yang sedang hangat diperkatakan ramai iaitu bas dua tingkat Hop On Hop Off Bus (HOHO). Suatu yang sangat menarik untuk dicuba, tambahan pula Pulau Pinang memang banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. 

Dari utara, selatan timur dan barat Pulau Mutiara tu ada ja sejarah dan tempat menarik nak dilawati. 

Satu hari mungkin tak cukup nak mengelilingi seluruh pulau ke tempat-tempat menarik, dengan menaiki HOHO, kita sekurang-kurangnya dapat melalui kawasan-kawasan menarik di Pulau dan boleh singgah ke beberapa tempat yang kita suka. 

Ahad lepas, tanggal 29 November, tanpa perancangan lengkap tiba-tiba dua sekawan ni decide nak ber'HOHO' seharian. Bermulalah ekspedisi kami dari pagi sampai malam di Pulau Mutiara tu. 

Sejujurnya kami berdua tak tahu jalan sangat kat Pulau ni. Jadi mengharapkan pada wave waze. Tapi waze ni pun gelong-gelong ayam juga, tersalah jalan sampai dua kali. Kami terlambat dalam sejam macam tu. 

Rancang nak ke Chowrasta, tapi salah jalan terus ke Komtar. huhu. Waze cakap "you are reach the destination".. tapi kami kat salah satu masjid berhampiran USM.. Adakah USM dekat sangat-sangat ngan Chowrasta??? HAHA...

Akhirnya ambik keputusan naik dekat STOP 8 (KOMTAR) saja lah. Kalau kami naik dekat STOP 9 ( CHOWRASTA ), kami boleh terus naik Bas laluan pantai (Beach Route Bus), tapi sebab malas dah nak pusing dengan kereta tahu-tahu sajalah Penang ni kan selalu jem. Mana waktu tu dah 11 pagi. Dari elok-elok rancang nak naik jam 10, terus terlewat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...