advertisement

PALESTIN BUMI RAHMAT

Saat saya menulis entry ini saya baru sahaja selesai membaca artikel-artikel dalam Majalah Al-Islam edisi September 2014 dalam ruangan Laporan Khas. Sayu sahaja hati ini membaca dan memahami fakta-fakta yang penulis sampaikan. Rasa bertuahnya jikalau saya dilahirkan di kalangan banga-bangsa hebat seperti rakyat Palestin. 

Banyak disebutkan di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah akan bumi Palestin ini. banyak keajaiban yang dunia dapat lihat hari ni di bumi Palestin. Ketika entry ini ditulis sudah sebulan lebih bumi Gaza diserang oleh Israhell Laknatullah(xsesuai nk istiharkan Israel tu).


BERKATNYA BUMI PALESTIN

1. Bumi Hijrah Nabi Ibrahim dan Luth
2. Allah mewariskan tanah kepada Musa A.S. dan kaumnya yg ditindas oleh Firaun dan sekutunya sebuah bumi (Semenanjung Senai)
3. Banyak penempatan yg aman makmur antara Palestin dan Yaman ketika pemetintahan Sulaiman A.S
4. Palestin sebagai tanah suci- kerana didalamnya ada Masjidil Aqsa
5.  Perkataan Barakna dalam Al-Quran merujuk kepada Tiga makna:-
a)Tanah air Palestin(kami berkati)
b)penduduk Palestin(kami berkati)
c)Keberkatan yg menjangkau kawasan sekitarnya
6. Palestin sebagai bumi mujahidin
7. Tempat Tumpuan Umat Islam ketika berlaku ujian berat dan Fitnah
8. Peperangan Mukmin dan Musyrik dan Dajjal dibunuh
9. Tanda Akhir Kiamat


BILA KELAHIRAN ITU LEBIH TINGGI DARIPADA KEMATIAN

Israhell terus mensasarkan kaum wanita dan kanak-kanak. Bagi mereka apa yang lebih membimbangkan adalah kelahiran-kelahiran baru, ibu-ibu yang subur terus melahirkan generasi yang baru kerana di situ akan lahirnya pemimpin yang hebat, para shuhada dan akan terus menjadi kekuatan kaum Palestin.
Statistik terbaru melaporkan dalam tempoh sebulan perang yg dilancarkan bermula Ramadan lalu, seramai 4500 bayi telah dilahirkan. Statistik telah dikeluarkan oleh pejabat Awam di Kementerian Dalam Negeri, Gaza pada tahun 2012 melaporkan, data yg menunjukkan angka kelahiran dengan kematian di Gaza adalah 15 nisbah 1. 

Berkat bumi Palestin lagi ialah memiliki tanah yang subur, ikan-ikan yang banyak biarpun bekalan sumber air sukar didapati serta Zionis menyekat nelayan daripada keluar mencari ikan. Ternyata keadaan perang di Palestin tidak sama sekali dengan keadaan perang di tempat-tempat lain. Mereka tidak meminta-minta malah melebihkan saudara mereka.

Satu lagi kelebihan di Bumi Palestin yang dikongsi penulis ialah, kehebatan tentera Al-Qassam. Al-Qassam sangat digeruni oleh pihak musuh. Setiap anggotanya mempunyai begitu kuat keimanannya. Di sebalik topeng-topeng tersebut ialah pemuda-pemuda perindu Shuhada. Sesungguhnya mereka mempunyai semangat yg kental serta tidak takut mati, mengharapkan syahid serta syurga Allah.

Syarat-syarat menyertai Al-Qassam:-
@ Gigih berpegang dgn ajaran Islam
@ Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah
@ Menjaga solat lima waktu secara berjemaah
@ Berdisiplin dan mentaati pemimpin
@ Mencintai dan bersedia untuk syahid.

 5 PESANAN SYEIKH AHMAD YASIN- RAHSIA KEKUATAN PALESTIN


1. meninggalkan keseronokan dunia kembali kepada Allah. Telah tiba saatnya bangun mengerjakan solat subuh berjemaah
2. Solat tepat pada waktunya, mengamalkan Al-Quran serta mencontohi Rasulullah
3. Wahai pemuda, sedarlah dan hayatilah makna tanggungjawab, sentiasa memohon pertolongan Allah semoga diberi rezeki yang berkat. Janganlah lalai dengan alunan muzik serta gantikan dengan zikir
4. Wahai Puteriku, Berjanjilah kpda Allah akan mengenakan jibab secara jujur dan betul. Jadilah Ibunda Kalian, Kahdijah dan Aishah sebagai teladan
5. Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan utk masa depan. Berpeganglah kpda agama kalian, bertawakal lah kepada Allah..


Sebagai kesimpulannya, pesanan Syeikh Ahmad Yasin ditujukan kepada seluruh umat Islam tak kiralah dimana pun berada. Dekatkan lah diri kepada Allah, lupakan duniawi yg sementara ini. sesungguhnya kiamat itu sudah dekat. Bersediakah kita?


kelahiran bayi-bayi di Palestin


Tentera Al-Qassam sujud syukur





Sumbangan anda boleh disalurkan melalui

TABUNG AMAN PALESTIN:-

Tabung Aman Palestin Media Prima -  MAYBANK 5642 7651 0331
Akaun Amanah Kemanusiaan - CIMB 8600 302489
MAPIM misi bantuan kecemasan GAZA - MAYBANK 5582 2062 1374
MERCY Malaysia - CIMB 1424 000 6561053

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA - BANK ISLAM 1202 90100 6564 3 ; CIMB 1259 0000 804 058
ABIM - BANK ISLAM 14023 01 0011219

AMAN PALESTIN -
BANK ISLAM 1202 90100 4788 0
MAYBANK 5622 6301 0787
BANK RAKYAT 2208 0619 5922

YAYASAN AMAL MALAYSIA, TABUNG PALESTIN AMAL MALAYSIA
BANK ISLAM 1305 301 00 6474

AQSA SYARIF BERHAD -
MAYBANK ISLAMIC 551575 004299
BANK ISLAM 1209 20100 34904

PERTUBUHAN VIVA PALESTINA MALAYSIA
RHB BANK 214 277 000 53582



 Sumber diperolehi daripada,

Majalah Al-Islam Edisi September 2014
Google








BAHAYA TOKSIN



TOKSIN secara mudah untuk difahami adalah bahan buangan yang tidak elok, benda asing yang akan memudaratkan tubuh. Nak lagi senang faham sampah sarap bersepah dalam badan.

Kita sedia maklumkan, benda tidak elok atau tidak baik mestilah memberi kemudaratan kepada kita jika di simpan terlalu lama. Persoalannya macam mana toksin terhasil dan cara untuk mengurangkannya?

TIPS- Saiz Hidangan vs Jenis Hidangan

Saiz hidangan yang penting bukan jenis makanan!

 

check kolestrol yang diambil dalam setiap hidangan

VITAMIN B KOMPLEK

Fungsi vitamin B adalah berbeza setiap satunya. Vitamin B ada banyak jenis sehingga disebut sebagai B-komplek. Ianya terdiri daripada  B1 (thiamin)‎, B2 (riboflavin)‎, B3 (niacin, niacinamide, vitamin P, vitamin PP)‎, B5 (asid pantothenik), B6 (pyridoxine, pyridoxal, pyridoxamine, pyridoxine hydrochloride)‎, B7 (biotin, vitamin H)‎, B9 (asid folik)‎, B12 (beberapa jenis cobalamin).‎ Vitamin bersifat larut air sama dengan Vitamin C. Banyaknya jenis vitamin B serta fungsinya yang pelbagai, secara dasarnya, kita hanya perlu mengetahui fungsinya secara umum cukup memadai. Secara amnya, Vitamin B bagus untuk fungsi otak dan daya ingatan.

Vitamin B antara vitamin wajib untuk kita ambil setiap hari. Kenapa saya berkata begitu? Jom ketahui fungsi B-Komplek


Antara Fungsi utama B-Komplek

RESEPI PUDING ROTI

Ni semua penangan FB kan. Mentang-mentang saya tengah puasa, banyak pulak resepi yang timbul. Geram lak saya, rasa nak cuba ja resepi ni. Saya memang suka makan dessert ni, kadang-kadang makan dessert mengalahkan makan makanan utama. Kalau p event apa-apa, first tengok dessert dulu. hihi..

Saya tak ingat lak saya ambik resepi ni kat mana. Malas lak nak cari.


RESEPI PUDING ROTI BAKAR

Bahan-bahan nya:-
ni anggaran utk 5-6 orang makan (ikut resepi asal saya ambik tu)

1. 5 kpg roti potong gardenia (ada yg saya baca kat resepi org lain, klu guna roti yg kasar/keras skit pn ok)
2. 1 sb mentega/butter
3. 1/2 cawan gula ( yg ni kna jgak ikut rasa masing2)
4. 3/4 tin susu cair ( saya guna susu full cream dutch lady)
5. 3 biji telur
6. 1/2 st vanila
7. kismis/buah-buahan kering

Cara membuatnya:-
1.


1. Sapu mentega pada roti, kemudian carik-carikkan dan letak dalam loyang pembakar.



 2. Putar susu, telur dengan gula sampai gula hancur.(Kalau nak lagi mudah, blend kan bahan ni)






3. Tuang bahan yg di putar tadi dalam roti. Biarkan dalam 10-15 minit sebelum dibakar. (tip yg saya dapat, rendam kan dulu roti bagi meresap elok, nak elakkan roti mengembang masa bakar nanti).
Kemudian taburkan buahan kering ( Saya guna kurma sebab masa tu kismis xdak)


4. Panaskan oven dengan suhu 200 dgree, pastu leh bakar selama 30-35 minit (sampai masak la). Saya guna microwave je, oven tak ada..hihi



Kemudian siap.. ni lah hasil percubaan pertama saya:-

Kecik ja ni sebenarnya, saya buat separuh ja pada resepi kat atas tu sebab nak makan pun 2 orang ja. Ngan housemate saya. Kononnya nak buat utk berbuka petang nanti. So selamat mencuba ye.


:)



KELEBIHAN VITAMIN C

Kalau nak kulit sentiasa cantik mesti rata2 orang suggestkan vitamin C.. vitamin C ni utk kulit cantik je ke? Jangan salah paham k, Vit C ni kebaikan ia lebih daripada tu..

Jom tengok apa kebaikan Vitamin C yg patut anda tahu..
  • Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
  • Menguatkan struktur gigi dan gusi
  • Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
  • Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
  • Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
  • Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
  • Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
  • Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
  • Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
  • Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
  • Membantu dalam proses pemulihan kudis
  • Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
  • Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air
haa banyak kan kebaikan Vitamin C ni, apa yg penting ia sebagai anti-oksidan semulajadi tubuh. Tapi, Vitamin C bersifat larut air dan mudah hilang/rosak disebabkan oleh beberapa faktor spt:
  • Mudah musnah oleh pencemaran udara dan air. Perokok yang merokok sekotak rokok sehari membakar 500mg vitamin C dalam tubuh.
  • Mudah musnah disebabkan stress (tekanan) - fizikal dan mental
  • Mudah termusnah oleh oksigen. Pendedahan buah-buahan dan sayuran yang telah dipotong dan dibiar terdedah terlalu lama pada udara sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan vitamin C. Selain itu, memasak terlalu lama @ suhu tinggi juga merosakkan vitamin C dalam makanan.
Mana nak dapatkan Vitamin C supaya ia Mencukupi dalam badan kita.. Saya dan keluarga mengamalkan suplemen dan ianya adalah keluaran Shaklee. Shaklee telah menghasilkan Vit C dlm bentuk tablet yg mana mudah utk kita mengambilnya setiap hari. Didatangkan dlm dua jenis iaitu Vitamin C sustained release Plus dan Vitamin C Chewable Plus.
         
Vitamin C Sustained Release Plus bersifat "sustained release" (atau Time-Released), atau dalam Bahasa Melayu bersifat "pelepasan masa". Apakah yang dimaksudkan dengan Sustained-Released (500 gram Vitamin C) ini?

Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu
Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tu dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.
Maka, tanpa sifat Time Release ini, vitamin larut air ini akan terus diserap ke dalam aliran darah dengan CEPAT, tanpa mengira berpa besar dos vitamin tersebut, dan akan dilepaskan ke dalam urin (air kencing) dalam masa 2-3 jam sahaja.

Manakala, Vitamin C Chewable Plus lebih sesuai di kemam atau kulum di dlm mulut kerana rasanya lebih enak malah sesuai utk kanak2. Akan tetapi, org dewasa juga boleh ambil vit C chew ni jika mengalami masalah sukar menelan tablet. Bentuknya yg lebih kecil memudahkan utk di kemam di dlm mulut. fungsinya adalah sama dengan vitamin C sustained release.


Tahukah anda? Sebiji vitamin C shaklee bersamaan 7 1/2 biji oren segar. bestkan vitamin C ni. Mampukah nak telan oren sebanyak tu tiap-tiap hari? Kalau x, apakata dapatkan suplemen anda sekarang.



Berminat untuk dapatkan vitamin C??

Boleh klik untuk ORDER sendiri. Hanya untuk pengguna kad kredit atau kad debit. Dan jangan lupa untuk dapatkan konsultation secara percuma dengan saya.






Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...