advertisement

BAKTERIA DAN JERAWAT

Salam Ramadhan 25,
Bersambung lagi punca yang kedua iaitu antara bakteria dan jerawat. Boleh baca sini untuk punca-punca jerawat . Boleh baca sini juga untuk point pertama. Apa kaitan bakteria dan masalah jerawat?
Untuk pengetahuan anda, bakteria biasa yang hidup pada kulit kita adalah Propionibacterium acnes, Proprionibacterium granulosum dan Staphylococcus epiermis. Makanan yang dimakan oleh bakteria tersebut pula ialah sebum yang terhasil pada kulit kita.
Oleh itu, orang yang mempunyai folikel rambut yang lebih banyak pada kulit mempunyai potensi yang lebih tinggi menghidap masalah jerawat berbanding dengan orang yang mempunyai folikel yang lebih sedikit.
Bakteria yang wujud pada kulit kita akan menarik sel darah putih ke folikel kulit dan menghasilkan enzim yang boleh merosakkan dinding folikel tersebut. Apabila dinding folikel rosak, kandungan folikel yang rosak itu akan masuk ke dalam lapisan dermis kulit.
Proses ini pula akan menyebabkan berlakunya radang atau kemerahan pada kulit yang mana anda akan dapat lihat pertumbuhan bonjolan merah, pustules dan nodules. Bakteria-bakteria ini juga membawa kepada pembentukan asid lemak yang menyebabkan iritasi kepada kawasan kulit yang ditumbuhi jerawat.
 Walaupun jerawat bukan sejenis penyakit yang merebak, tetapi tahap keterukan masalah jerawat yang dihidapi oleh pesakit bukan bergantung kepada berapa banyak bakteri yang terdapat pada kulit muka, belakang dan leher anda. Ini kerana aktiviti setiap bakteria pada kulit kita berbeza disebabkan oleh kesannya ke atas kewujudan oksigen, nutrien dan pH kulit.
Namun, untuk pengetahuan anda, bukan semua bakteria yang hidup pada kulit kita membawa kesan yang buruk. Organisma-organisma ini atau bakteria jerawat bertugas untuk menghapuskan bakteria-bakteria lain yang boleh membawa virus dan melindungi dan mengekalkan keseimbangan semulajadi kulit.
Bakteria-bakteria yang menyebabkan jerawat ini boleh dirawati dengan menggunakan benzoyl peroksida, tetracycline, antibiotik serta ubatan yang dihasilkan secara semulajadi seperti minyak cengkih, memakan ulam-ulam yang mempunyai anti oksidan dan sebagainya.
Bakteria-bakteria punca jerawat ini sebenarnya boleh dikawal dengan menjalankan rawatan agar persekitaran atau keadaan kulit muka anda tidak menggalakkan bakteria tersebut dari mengalami reaksi negatif kepada kulit. Reaksi-reaksi seperti penghasilan sebum yang berlebihan adalah faktor sebenar yang meningkatkan aktiviti bakteria pada kulit manusia. 
Namun, untuk pengetahuan anda, bukan semua bakteria yang hidup pada kulit kita membawa kesan yang buruk. Organisma-organisma ini atau bakteria jerawat bertugas untuk menghapuskan bakteria-bakteria lain yang boleh membawa virus dan melindungi dan mengekalkan keseimbangan semulajadi kulit.

Sampai sini sahaja dulu untuk penerangan kali ni. Bersambung lagi ke entry akan datang untuk point ketiga iaitu pemakanan dan jerawat. Stay tuned lagi ye. hihi..


wasalam...









HORMON DAN JERAWAT

Salam Ramadhan 24,

Dalam artikel yang lepas punca-punca jerawat, saya telah menerangkan kepada anda secara ringkas tentang punca-punca yang menyebabkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang badan dan leher manusia. 

Punca masalah jerawat memang sentiasa dikaitkan dengan pelbagai elemen dan salah satu daripadanya ialah hormon yang dihasilkan oleh tubuh penghidap masalah jerawat itu sendiri.
Walaupun jerawat bukanlah sejenis penyakit yang boleh membahayakan nyawa, tetapi untuk perkongsian kali ini, saya akan menerangkan kepada anda bagaimana hormon boleh menyebabkan berlakunya masalah jerawat ke atas anda.
Pertumbuhan jerawat pada kulit terutamanya di muka boleh menyebabkan penghidap menjadi kurang berkeyakinan dengan penampilan dirinya sendiri. Namun salah satu punca penyebab jerawat datangnya dari tubuh penghidap itu sendiri. 
Dan untuk pengetahuan anda, walaupun remaja yang selalu mengalami masalah hormon tidak stabil disebabkan proses tumbesaran, ketidakseimbangan hormon juga berlaku kepada orang dewasa. Secara umumnya, pertumbuhan jerawat berpunca daripada pengeluaran hormon androgen yang menstimulasikan kelenjar Sebaceous dan menyebabkan kelenjar tersebut membesar atau mengembang. 
Penghasilan hormon androgen menghasilkan sebum yang menjadikan kulit kita lembut dan kalis air. Sebum yang terkumpul dan tersumbat di dalam liang roma kulit akan dijangkiti bakteria dan sel kulit mati. Maksudnya, lebih banyak sebum yang dihasilkan oleh hormon androgen, lebih tinggi potensi untuk kulit seseorang itu ditumbuhi jerawat.
Apabila peningkatan pengeluaran hormon androgen berlaku, kelenjar Sebaceous dan lapisan kulit di dalam liang roma turut berubah. Remaja lelaki dan perempuan yang mengalami perubahan hormon juga akan berganti kulit dengan kerap sewaktu akil baligh. Dalam tempoh inilah kita kerap jumpa remaja yang mengalami masalah jerawat sama ada serius atau tidak.
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, bukan remaja sahaja yang mengalami masalah jerawat, orang dewasa juga mempunyai peluang untuk menghidap penyakit kulit berjerawat ini. Namun, bagi orang dewasa, masalah ketidakseimbangan hormon ini berlaku secara sementara dan tidak berlarutan dalam jangka masa yang lama tetapi masih berpotensi untuk terpaksa mendapatkan rawatan ke atas masalah jerawat tersebut.

Antara masalah lain yang turut menyebabkan ketidakseimbangan hormon kepada orang dewasa ialah:
 1. Pertumbuhan semula jerawat buat pertama kali setelah sekian lama kulit tidak berjerawat boleh disebabkan oleh PMS, Peri Menopause dan juga Menopause.
 2. Kelainan pengeluaran hormon dalam tempoh kehamilan atau sewaktu kitaran menstrual.
 3. PCOS ( Polycyctic Ovarian Syndrome ) dimana pesakit mengalami masalah petumbuhan atau keguguran rambut, kulit di sekeliling ketiak atau lipatan-lipatan kulit pada tubuh menjadi lebih gelap, dan kegemukan pada kawasan perut .

Selain itu, ketidakseimbangan hormon juga dikaitkan dengan keadaan tekanan emosi dan psikologi yang kronik yang boleh dirawat dengan beberapa kaedah. Bagi orang dewasa, masalah jerawat disebabkan hormon tidak boleh dirawat dengan hanya membeli ubat-ubat jerawat biasa di farmasi. Masalah jerawat tersebut boleh didapati di klinik-klinik pakar kulit. Rawatan-rawatan yang diberikan pula termasuklah kontraseptif oral, ubat mengurangkan radang kulit, ubat anti-androgen atau lain-lain perubatan semulajadi yang disyorkan oleh doktor.
 Pengambilan ubat-ubatan oleh pesakit wanita boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan seperti loya, penambahan berat badan, kelembutan pada payudara serta penghasilan titisan-titisan darah haid sebelum tiba waktu kitaran menstrual yang sebenar. Jika pesakit mengambil ubatan dari sumber semulajadi seperti meminum jus kesihatan, ia tidak mendatangkan kesan sampingan kepada penghidap masalah jerawat, bergantung kepada penerimaan tubuh pesakit sendiri.

Sumber,
Dr Hasenah


Salah satu punca kepada masalah jerawat adalah masalah hormon. Ok, pada artikel selepas ini saya akan terangkan atau kongsikan kepada anda punca yang lain. Untuk ketahui punca-punca tersebut boleh rujuk artikel saya sebelum ni.

Nanti saya kongsikan pada anda solution saya kepada pemasalahan ini. Stay Tuned!

Wasalam..

PUNCA-PUNCA JERAWAT

Salam Ramadhan 23,

Lagi seminggu(lebih kurang), seluruh umat islam di dunia akan meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa iaitu Hari Raya. Saya percaya semua orang mesti nak kelihatan cantik atau sempurna pada hari lebaran ni. Kita kan nak jumpa sanak saudara, rakan-rakan untuk mengeratkan lagi silaturahim dan bermaaf-maafan sesama kita.


Stress tak kalau saat ni tiba-tiba wajah mulus kita dipenuhi dengan jerawat. Jerawat yang naik besar-besar dan bernanah plak tu. Mesti 2-3 hari lagi habis lah berparut. Punah impian nak cantik pada lebaran ini. Biar kulit gelap asal bersih. Ok tak perumpaan saya tu.(hihi)


Masalah jerawat ni bukan masalah baru bagi saya. Sejak dari Form 1 lagi, muka saya yang comel ni ditumbuhi jerawat. Bukan biasa-biasa punya tau. Saya kadang-kadang malu dan kurang kenyakinan nak jumpa saudara mara dan rakan-rakan. Tak sah kalau jumpa mereka-mereka ni tak tegur pasal jerawat saya. Sedih tak? 


Sedih memang sedih, tapi nak buat macam mana kenalah tebalkan telinga dengar semua tu. Sejak bekerja ni saya selalu cuba macam-macam produk. Asal ada yang promote, mesti nak cuba. Tapi, tidak la saya main serbu je,walaupun saya nak hilangkan jerawat tak guna ni dengan cepat. Saya siasat dulu, tengok testimoni, sejarah syarikat dan kandungan produk tu. Jika saya yakin baru saya beli, kalau tak yakin makanya tak la saya pakai produk tu.


Eh, panjang pulak saya kan..Jom ke topik asal...


PUNCA-PUNCA JERAWAT

Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.
Hormon dan Jerawat
Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.
Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.
Bakteria dan Jerawat
Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.
Pemakanan dan Jerawat
Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.
Stress dan Jerawat
Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.
Alat Solek Dan Jerawat
Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.
Matahari Dan Jerawat
Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.
Pakaian Dan Jerawat
Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.

Sumber,

Dah ketahui akan puncanya, nanti kita cari solutionnya ye. Kat entry akan datang saya cerita lak rawatan yang sesuai ye. Stay tune..

ISU-MH17 TERHEMPAS SELEPAS DITEMBAK

Pelbagai isu timbul mutakhir ni, buatkan saya terdetik nak tulis tentang pesawat MH17 ditembak di Ukraine. Isu MH370 masih menjadi misteri sekarang timbul isu MH17. Masih ingat tentang MH370? Apa yang terjadi memang diluar bidang kuasa kita. 

Buka ja komputer kat office terus on Facebook ngan twitter, keluar isu MH17 ni penuh kat wall saya. Saya selalu follow blog Drama Raja, saya copy artikel dia kat sini. 



Gambar terkini di update dari masa ke semasa: GAMBAR TERKINI DISINI !

Fakta:

FIRST Flight: 17th July 1997
LAST Flight: 17th July 2014

Exactly on its 17th Anniversary
----
Sebuah pesawat Boeing 777 penerbangan MH17 milik MAS Airlines telah ditembak jatuh oleh angkatan bersenjata yang mengawal sempadan Ukraine hari ini.

Pesawat ini dipercayai telah terbang pada ketinggian 10km (6.2 batu) dalam perjalanan daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur telah terhempas setelah ia ditembak jatuh, sumber berita Russia Interfax melaporkan. Pesawat meninggalkan Amsterdam Airport Schiphol pada jam 12.14 pagi waktu Netherlands dan dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Kuala Lumpur. Pesawat tersebut membawa seramai 295 penumpang termasuk 15 anak kapal.

Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri Ukraine, pesawat tersebut telah ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu. Manakala, jurucakap Malaysia Airlines telah mengesahkan ia terputus hubungan dengan penerbangan MH17 tersebut selepas ia berlepas dari Amsterdam pada jam 12.14 pagi waktu tempatan (Amsterdam).

Penerbangan MH17 hilang daripada radar ketika ia melintasi ruang udara Ukraine, katanya.

Sky Katie Stallard, di Moscow, dalam satu laporan media telah mencadangkan agar pesawat turun di rantau Donetsk, di mana terdapat pertempuran berat baru-baru ini ditengah-tengah ketegangan berterusan antara Russia dan Ukraine.

Menurut satu sumber, pesawat tersebut telah ditembak menggunakan "The Buk Missile" yang mana pelancar tersebut pernah dilaporkan dilihat oleh Associated Press di sebuah wilayah bernama Snizhne. Pesawat tersebut ditembak dengan cara "surface-to-air" menggunakan Buk Missile di altitud 10,000 di udara dan telah jatuh di kampung Hrabove, utara dari Torez, Ukraine.

Wilayah tersebut telah dilaporkan terjadinya beberapa perang di sana pada beberapa hari terakhir ini antara askar Russia dan pejuang pemisah Ukraine.

Semalam, sebuah pesawat milik Ukraine telah ditembak daripada "air-to-air" missile oleh sebuah pesawat Sukhoi milik Russia.

Ketegangan di sempadan Russia dan Ukraine semakin meruncing.

Sumber ini telah disahkan secara rasmi, dan lebih banyak informasi akan cuba kami bawakan kepada anda dari masa ke semasa....


Sumber,
______________________________________________________________________________

1. Awal tahun kita digemparkan tentang isu Mh370 yang masih menjadi tanda tanya. Kemana hilangnya MH370?
2. Sekarang Sabah tengah tak selamat.
3. Palestine diserang Israel Zionis.
4. Seorang wanita pemilik Peugeot CDM25 wat kecoh dengan stering lock nya. 

Isu MH17 baru bermula....

Bulan Ramadhan yang mulia, bulan Barakah, jom kita berdoa akan kesejahteraan negara kita dan islam seluruh dunia. Bersatu dalam doa, bulan mulia ALLAH kabulkan doa kita.. Aamiin..

Wasalam..
Ramadhan 20

KUNCI-KUNCI KEJAYAAN-BAHAGIAN 2

sambungan daripada entry sebelum ini bahagian 1

5. Gandakan nilai pertukaran prospek kepada pelanggan
Sekiranya langkah pertama dalam melakukan jualan adalah menambahkan prospek, langkah seterusnya adalah mengubahkan prospek menjadi pembeli. Di sini, jenama perniagaan anda adalah amat penting. Dalam konteks ini, maksud saya – jenama dari segi keyakinan dan kredibiliti perniagaan anda di mata prospek anda bukannya barangan berjenama.
Apabila prospek anda yakin pada jenama perniagaan anda akan dapat menyelesaikan masalah mereka, maka ini akan menghasilkan jualan! Pelajari teknik dan strategi dalam mengubahkan prospek kepada pembeli dan tambahkan nilai pertukaran prospek kepada pelanggan supaya dapat meningkatkan lagi bilangan pengguna.
6. Tambahkan Jualan
tingkatkan jualan
Apabila kita di Mc Donald’s, selepas membuat pesanan burger, jurujual di kaunter akan bertanyakan “Abang mahu tambah fries?”. “Boleh juga!” jawab kita. Maka, McDonald’s mendapat untung tambahan dari jualan fries tersebut, mungkin 30sen. 30sen mungkin kecil sahaja dilihat sebegitu, tetapi, nilai kecil itu boleh menjadi beribu atau beratus ribu jika melihat pada seluruh cawangan McDonald’s serata dunia!
Fikirkan jualan tambahan yang anda boleh lakukan dalam perniagaan. Ada tak produk atau perkhidmatan lain yang boleh ditambah untuk ditawarkan kepada pelanggan anda? Ingat, untung yang kecil akan menjadi untung yang besar sekiranya dilakukan berulang-ulang kali.
7. Ulang, ulang dan ULANG!
Sebenarnya, kos untuk mendapatkan pelanggan baru adalah lebih tinggi daripada mendapat pelanggan sedia ada. Ertinya, ianya lebih murah dan mudah untuk mendapatkan pelanggan kita membeli daripada kita berulang kali untuk mencari dan mendapatkan pelanggan baru.
Jangan sia-siakan pelanggan-pelanggan kita dan jangan lupakan mereka. Mereka adalah punca pendapatan sesuatu perniagaan untuk masa-masa yang akan datang- jadikan mereka pelanggan berulang.
Zaman pertanian, perindustrian, informasi sudah berlalu. Kini, adalah zaman komunikasi. Pelajari kaedah komunikasi berkesan dalam membina hubungan dengan pelanggan-pelanggan sedia ada untuk keuntungan masa depan.
8. Kurangkan kos perniagaan
Dalam perniagaan, kewangan adalah nadi. Pastikan kitaran kewangan kita terjaga dengan penuh teliti. Begitu banyak perniagaan mengalami kegagalan oleh kerana tidak teliti dan tidak berjimat dalam kos perniagaan.
Pastinya anda telah dengar kisah perniagaan yang belum apa pun lagi, terus bermula dengan kereta besar, ofis serba hebat, bangunan besar, dan akhirnya berita seterusnya yang kita dengar pula adalah perniagaan tersebut mengalami kegagalan!

Ini yang akan terjadi sekiranya kita tidak menjaga kos perniagaan kita. Pastikan perbelanjaan perniagaan adalah kurang daripada pendapatan perniagaan kita. Jangan pula perbelanjaan lebih daripada pendapatan- gulung tikarlah jawabnya!

sumber,
Irfan Khairi

KUNCI-KUNCI KEJAYAAN-BAHAGIAN 1

Adakah anda suka berniaga, jika Ya, Apakah kunci anda untuk berjaya. Saya masih baru dan banyak lagi yang saya nak belajar, apa yang pasti saya sangat minat berniaga. Saya belum ada produk sendiri mahupun kedai, apa yang saya ada cumalah minat dan keinginan untuk berjaya.

Berikut adalah 8 kunci kejayaan perniagaan yang MESTI anda ikuti untuk pastikan perniagaan anda Berjaya :-

1. Buat kerana minat yang amat mendalam!
Semestinya kita mulakan perniagaan kerana mahukan wang. Wang merupakan motivasi utama dalam memulakan perniagaan. TETAPI, jangan jadikan wang sahaja sebagai sebab utama menjalankan perniagaan. Lakukan perniagaan kerana MINAT. Minat terhadap produk yang ingin dijual, minat terhadap perkhidmatan yang ingin diniagakan dan juga MINAT pada prospek menjalankan perniagaan untuk tahun-tahun yang akan datang tanpa jemu!
Minat akan membuatkan kita suka pada apa yang kita lakukan. Alangkah “best”nya sekiranya kita menjana pendapatan menerusi perniagaan dengan melakukan apa yang kita suka? Sekiranya kita suka bidang sukan lasak, maka jadikan sukan lasak sebagai perniagaan. Sekiranya kita suka bidang fesyen, maka bidang fesyen patut dijadikan konsep perniagaan kita.
Namun harus ingat, bahawa minat pada sesuatu bidang sahaja tidak mencukupi tanpa adanya minat dalam bidang perniagaan. Minat dalam bidang perniagaan akan memberi motivasi kepada kita untuk terus belajar selok belok perniagaan. Pelajari strategi dan teknik perniagaan untuk memastikan perniagaan yang kita minat dapat terus maju pada tahun-tahun yang akan datang.
2. Fokus, Fokus, dan FOKUS!
Jangan cepat berubah hati. Situasi ini selalu terjadi kepada kita semua sebenarnya, lebih-lebih lagi apabila perniagaan kita agak lembab dan tidak berhasil. Selalunya ini berlaku pada peringkat awal perniagaan.
Jadi bagi mereka yang tidak tahan sabar, saat ini dirasakan gagal. Lalu, mereka membuat keputusan, ‘Sebelum gagal lebih lagi, baiklah mereka menukarkan kepada perniagaan lain!’
Jangan bimbang, bukan anda saja yang merasainya begitu. Ramai usahawan yang baru-baru terlibat di dalam perniagaan akan berpendapat sedemikian.
Sebenarnya, ini terjadi kerana kurang keyakinan dan tidak fokus. Anda hanya perlu fokus dan teruskan usaha anda. Usaha dengan lebih gigih lagi dan fokus pada satu perniagaan dulu sehingga berjaya. Jangan cepat-cepat menukar perniagaan lain.
3. Tambahkan prospek melalui promosi, promosi dan PROMOSI!
prospek
Tanpa promosi, perniagaan akan gagal. Itu sahaja! Perniagaan yang tidak melakukan promosi tidak akan mendapat prospek. Dan usaha menambahkan prospek adalah langkah pertama dalam mendapatkan jualan. Lebih ramai prospek yang kita perolehi, lebih besar kemungkinannya perniagaan kita akan berjaya.
Usaha mendapatkan prospek adalah melalui promosi dan pengiklanan. Promosi dan pengiklanan perlu dilakukan secara berterusan- setiap hari. Sekiranya kita berhenti melakukan sebarang promosi perniagaan, mungkin kita akan dapat lihat penurunan jumlah prospek berkurangan dalam minggu atau bulan yang akan datang. Begitu juga usaha promosi anda hari ini, mungkin hanya akan melihat prospek bertambah, minggu atau bulan yang akan datang.
4. Rancang dan atur perniagaan anda.
Setelah promosi dijalankan secara berturutan, semakin hari semakin ramai pelanggan anda, semakin banyak tanggungjawab anda. Di waktu ini, perancangan yang teliti, teratur dan jelas, boleh memberi anda kelebihan.

Tuliskan semua, rancangan anda agar anda dapat melihat “progress” perniagaan anda setakat ini. Jangan terus-terusan menerima pelanggan tanpa sebarang catatan. Ini amat penting untuk anda memiliki sebuah perniagaan yang boleh bertahan lama. Anda mesti ada fail-fail stok, jualan, perbelanjaan, keluar masuk wang ringgit. Semua ini akan menentukan kejayaan atau kegagalan anda dalam menguruskan sebuah perniagaan.

Sumber
Irfan Khairi


bersambung dalam entry seterusnya bahagian ke2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...