advertisement

SAKIT BELAKANG KETIKA HAID



Hormon seseorang perempuan yang normal pasti akan mengalami kedatangan haid setiap bulan. Ianya bukan sahaja dimulai dengan keluarnya darah haid, tetapi ia boleh menyebabkan sakit pada bahagian bawah perut, belakang badan, kembung perut dan sakit kepala. 

Ramai wanita merasa sakit belakang ketika datang haid atau di panggil lower back pain. Keadaan ni normal dan berada pada tahap biasa. Ianya tidak berbahaya dan tidak berada dalam keadaan yang membimbangkan.

PUNCA-PUNCA JERAWAT DI SEKITAR ANGGOTA BADAN




Jerawat!! Sebut pasal jerawat mula lah nak stress.. Chop2, jangan stress dulu, sebelum stress tu baca sini dulu, sebab jerawat naik, salah satunya sebab stress la..Lagi stress lagi lah dia naik, so baik jangan stress2 .. just cool....

Punca Jerawat Pada Anggota Tubuh

VITAMIN B-COMPLEX TERBAIK!

Banyak sangat suplemen vitamin B kat pasaran. Dalam banyak2 tu, mesti kita nak yang terbaik kan. Tapi sebelum tu, tahu tak apa fungsi vitamin B ni?


Fungsi Utama Vitamin B


1. Menukarkan makanan kepada tenaga. Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat, protin kepada tenaga.

2. Melawan tekanan-memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan , kemurungan dan insomia.

3. Membantu tumbesaran- Membantu tumbesaran yg sihat dan normal bagi bayi dan kanak2. Membantu pembinaan DNA dan sel2 baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak.

4. Membaiki masalah kulit kepala- membaiki masalah kulit, rambut, kelemumur.

5. Baik untuk mata- Mengurangkan keletihan mat, katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, memperkuatkan daya pemerhatian/focus.

6. Mencegah anemia- Membantu pembentukan sel darah merah yg sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dlm tubuh, merendahkan paras sistin utk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah2, mabuk darat dan laut.

7. Meredakan senggugut- Baik utk masalah PMS. meredakan kerisauan, resah dan masalah penghdaman.

8. Mencegah penyakit berkaitan mulut- seperti perlcche(kerekahan mulut), mencegah jangkitan lidah dan nafas berbau

9. Detoksifikasi-meredakan alahan.



Bagaimana memilih B-kompleks yang baik?


Ini lah yang membezakan antara suplemen Vitamin B yang melambak kat pasaran tu. Check list ni penting untuk memastikan kita mendapat nutrien yg sebenar.


1. Ianya mestilah mengandungi kesemua 8 vitamin B- B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana disarankan, kesemuanya perlu diambil dalam masa yang sama.

2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.

3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3, B5, B6, B12 tidak terlalu besar.

4. Elakkan pengambilan B-Kompleks yg menawarkan rumusan larut air (sustain release)



Vitamin B-Kompleks yang terbaik



Spektrum B Penuh dan Seimbang

B Complex Shaklee menawarkan kesemua lapan jenis vitamin B untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna.
B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu tubuh memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga*
Asid folikdan B12 menyokong pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh
Paras asid folik yang mencukupi dalam diet dapat mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk hamil, sebelum hamil dan dalam 12 minggu pertama kehamilan dengan dos harian sebanyak 400 mcg*




B-complex shaklee

Perbezaan Shaklee berbanding yang lain ialah:-



Asid folik yang terkandung dalam setiap kapsul B-Complex Shaklee adalah secara semulajadi yg mana ianya yg pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan yg sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yg semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yg terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.


Ianya mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yg sempurna. Vitamin B adalah bersifat larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melaui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting kita mengambil vitamin B-kompleks setiap hari.



Dapatkan B-Kompleks anda sekarang..



Entry Berkaitan:-
Set Migrain
Set Sengugut
Set Resdung
Vitamin B dapat elak stress


Sebotol RM53.75 (120 biji)

Nak order sendiri ( kad kredit/debit sahaja)

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=653cc57fdfc9d495ada99a67c5c50a0e

Dapatkan konsultasi cara makan melalui saya.


Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905



JUBAH PRINCESS CUT AKU

Ni kira sambungan dari entry baju pertama tu la. Hurm, baju tak siap lagi, dalam proses. Actually, dh siap gunting n jahit tepi.

Warna baju yang saya pilih ialah 'dark grey'. Mula2 nak beli warna mustard atau gold. Tapi kain mahal sangat. Risau nanti kalai tak berapa menjadi baju tu, kang sayang kain mak nak.Tapi kain yang saya beli ni kira ok lah. Saya gredkan ia gred B(sendiri2 letak). Saya beli masa Deepavali hari tu, dapatlah diskaun 20%, beli kat Kamdar(memang berbaloi). Eh, lupa nak cakap kan kain apa, hihi.. kain satin. Tak dak la shining sangat, kain pun tebal jugak.

Download Transformer 2014

Baru-baru ni dok ber'chit-chat' dengan kawan baru, actually kenai tu dah lama, rasanya dah dekat 4 tahun, tapi baru2 ni nak mula ber'chit-chat', semuanya sebab Shaklee.

Dalam dok chit-chat tu, terceritalah pasal download2 movie ni. Tiba-tiba hati ni rasa teringat kat Transformer yg baru keluar masa puasa ritu. Tak sempat p tengok, ye la mana ngan bulan puasa plak tu. Rasa macam tak best ja tengok bulan2 puasa ni. Ramadhan datang sekejap je, rasa sayang. Saya memang suka sangat dengan cerita transformer ni, yg sebelum2 ni memang layan lah. 2-3 kali tengok sebab nak paham cerita betul2. Otak lambat nak tangkap story sebenar cerita action ni ( tu pun ada hati nak layan kan..hihi).

GARLIC COMPLEX

Ramai yang tak suka makan bawang putih kan, sebab baunya yg kuat serta menyebabkan bau badan. 

Sungguh pun begitu, sejak 3000 sebelum masihi lagi bawang putih digunakan sebagai antioksidan, untuk merawat masalah kulit serta penafasan dan anti-mikrob.

MANFAAT VITAMIN C YANG PERLU DIKETAHUI

Ramai akan memilih oren sebagai diet seharian untuk membekalkan vitamin C kepada tubuh. Hal ini kerana oren kaya dengan vitamin C. Kajian demi kajian dilakukan memang membuktikan bahawa vitamin C antara bahan paling utama meningkatkan kecantikan dan kesihatan.

Saya mula tertarik dengan Shaklee adalah selepas mengamalkan set resdung ( Vitamin B, C dan Alfalfa). Selepas mengamalkan vitamin C shaklee, saya dapat rasakan banyak perubahan. Memiliki kulit yang bermasalah seperti jerawat, kering dan kadang-kadang berminyak. Kulit muka saya sangat teruk, selepas jerawat kecut ianya meninggalkan parut. Vitamin C membantu mengembalikan kulit yang cantik, bebas parut dan jerawat.

Antara Manfaat Vitamin C :-

1. Imunisasi/daya tahan badan dan baik pulih luka.
Vitamin C baik dalam melindungi badan daripada jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Bukan itu sahaja, ia membantu meningkatkan keupayaan badan merawat luka dan memlihara tubuh daripada bakteria, virus dan jangkitan.
Vitamin C diperlukan untuk membina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Tubuh menggunakan vitamin C bagi menggantikan tisu yg rosak sekali gus menyembuhkan luka dengan cepat. Vitamin C juga mempercepatkan tisu terbentuk untuk penyembuhan yg cepat.

2. Antioksida
Vitamin C adalah antioksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan daripada radikal bebas yang memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan tidak baik seperti penyebab penyakit jantung dan strok.

3. Mengurangkan simptom demam
Vitamin C bertindak sebagai antihistamin yg berkesandgn mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperyi sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Ia mengurangkan paras histamin dan mempercepatkan baik demam serta mengurangkan alergi yg menyebabkan demam.

4. Saluran darah
Ianya memastikan salur darah mengembang dengan baik. secara tidak langsung ianya dapat menjauhkan daripada penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

5. Penyembuhan luka
Tubuh menggunakan vitamin C utk menggantikan tisu yg rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan cepat. Ianya jugak meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk utk proses penyembuhan yg cepat.

6. Memperbaiki tekstur kulit
Vitamin C adalah komponen asas untuk penghasilan kolagen. Kolagen boleh dihasilkan oleh tubuh, akan tetapi vitamin C tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. jadi kita perlu mengambil diet vitamin C dalam pemaknan kita.
Kolagen menyebabkan kulit gebu dan warna tona pada kulit. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan tanda penuaan.
Kolagen juga menghasilkan saluran darah yg baik dan vitamin C membantu sistem aliran darah.

7. Meningkatkan pertumbuhan rambut
Pengambilan vitamin C yg tidak cukup mungkin menjadi punca utama pada masalah rambut. Kekurangan vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Kulit kepala jugak menjadi kering serta menyebabkan kelemumur. Ia adalah tanda tidak sihat rambut.

8. Pelindungan dari matahari
Ianya melindungi kulit dari radikal bebas yg terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin C mengurangkan selaran matahari disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.


So, u ols tengok la, banyak tau kebaikan vitamin C ni??




Vitamin C Sustained Released


Di formulasi dalam pelepasan masa(sustained released). Ianya supaya bekalan vitamin dapat diserap dengan lebih baik dalam proses pelepasan sedikit demi sedikit setiap sejam sekali. Vitamin C bersifat larut air, jadi ianya harus diambil bersama air yg mencukupi. kandungan vitamin c yg tidak terguna, akan musnah bersama air kencing. Jadi, u ols tak payah risau tentang masalah buah pinggang ke atau vitamin yg terguna bertukar menjadi toksin.

Vitamin feveret saya. Sehari sebiji je. Spend dlm RM0.40/serving(mahal ke?)

Vitamin C Chewable
Yang chew ni pun saya suka sebab ianya boleh di kulum. Macam makan gula-gula ja. Kandungan sama sahaja dengan Sustained release(S.R) punya. Cuma kuantiti per tab yang lain. Kalau S.R 500mg per tab, manakala Chewable 100mg/tab.
Chewable di formula sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa yang sukar menelan pil. Pengambilan vitamin C Chewable lebih mudah diserap oleh badan kerana ianya larut cepat bersama air liur.



Jadi, anda boleh pilih pilihan vitamin C anda. Untuk dewasa ada, kanak-kanak pun ada. Bukan nak sihat sorang-sorang kan, anak-anak pun kena bagi jugak. Apa yg penting, ianya bebas bahan kimia, 100% semulajadi.






Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905



Pemilihan makanan yang dapat meningkatkan metabolisme





Apa itu metabolisme?

Baju Pertamaku Part 2-Cara Potong Bentuk Leher

Ni saja nak sambung kisah leher baju kecik yang buat minggu lepas. Huhu.. Punya la puas nak betulkan balik. Saya betulkan sendiri ja, dengan bantuan kakak saya tanpa minta bantuan tok guru yang mengajar.

Saya memang gigih sikit, tak sabar nak tunggu cikgunye.. tak nyempat-nyempat.. Jauh nak ke kelas, memandangkan kelas hanya hujung minggu, jadi lambat. kebetulan pulak minggu ni sya tak ke kelas sebab nak ke majlis pertunangan best friend saya.

Selepas dah dibetulkan, makanya baju saya siap jugak. Nampak macam senget sikit, tapi tak pa la, apa kan daya, first time kan. Sebabkan tak menjadi leher saya, makanya saya gugel dan terjumpa lah blog ni, then saya pun belajarlah cara yg mudah nak potong bentuk leher..

Mari saya kongsikan cara-caranya:-



Ambil sekeping kertas A4 dan lipat kepada dua bahagian dan bolehlah melukis pola leher bulan. Garisan biru di bahagian bawah di dalam gambar di atas adalah bahagian lipatan kertas.

Ukuran:

A-B = belakang leher = 2.5cm (semua saiz leher menggunakan formula ini)
C-D = hadapan leher = 1.5cm (semua saiz leher menggunakan formula ini)
B-C = Saiz leher dibahagi 6. Contoh: keliling leher yang dikehendaki adalah 48. Jadi B-C = 48/6 = 8cm
D-E = B-C = 8cm

Untuk gambar-gambar yang lain u ols boleh la lawat terus ke blog tuan tanah ye..

Sumber
Kongsi Macam-macam

Bukan apa, nak ambik lebih-lebih pun, bukan saya yang buat kan..

Ok la u ols, harap ni dapat la membantu korang yg baru nak belajar macam saya.

Wasalam..











KEMANA HILANGNYA KASIH SAYANG

Huhuhuuuu... Sedih baca berita tentang kes buang bayi ni. Sedih sangat-sangat. Walaupun saya belum kahwin, dan belum merasai mengandung, apatah lagi mempunyai anak sendiri. Insyaallah suatu hari nanti, saya pun nak jugak ada anak sendiri yang lahir dari rahim saya. hihi..

Ada yang pernah PM (personal message) saya tanya tentang set kesuburan shaklee. Katanya " Akak dah 4 tahun kawen, tapi tak boleh mengandung lagi, doktor kata akak ngan abang subur ". Ada yg PM nak suruh suggest set kesuburan untuk yang ada masalah fibroid la, cyst la.. Saya pun tak pandai pasal tu( iyela, bukan doktor).

Ramai yang sedih sebab tak dapat mengandung. Yang masih ada harapan, akan terus berusaha dan mengharap. Yang mana di sahkan tak boleh hamil tu, pasrah dan redo sahaja. Ramai yang akan ambik anak angkat, sebab keluarga tak akan lengkap tanpa adanya anak.

Sedih saya bila baca, tengok gambar bayi-bayi yang tak berdosa ni dihurung semut, digigit anjing. Jika binatang yang mati tepi jalan pun, kita rasa sedih, ni kan pulak manusia. Hai la ibu yang buat macam tu, mana hilangnya nilai kasih sayang mu? Kau sanggup mengandung sehingga 9 bulan, kemudian kau buang macam tu ja. Kalau pun kau tak sanggup nak jaga, kau serahkan pada orang lain. Masih ramai manusia kat luar sana tu ada hati, perasaan.

Dunia akhir zaman, manusia makin hilang sifat perikemanusiaan, kasih sayang dan perasaan malu. Dosa kau berzina masih belum terampun, ini ditambah dosa kau membunuh. Anak-anak yang lahir tu tak ada dosanya. Kau yang berdosa, jangan menghukum si kecil yang tak besalah..


Gambar ini saya ambil dari facebook Sinar Harian yang disiarkan tadi. Sungguh menghayat hati.




Ini lah yang di katakan manusia berhati syaitan.. Haha.. Bukan berhati binatang, sebab binatang pun tahu sayangkan anaknya. 






KOLAGEN KEPERLUAN MASA KINI



Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Ia merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan. Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, rambut, kuku, tulang, sendi, gigi, hati, tulang sum-sum, dan tisu organ seperti  buah pinggang, jantung serta limfatik.


Setiap tahun, 1.5% kolagen akan berkurangan dan garis-garis halus mula kelihatan. Ditambah dengan gaya hidup yang sibuk dan kurang mengamalkan pengambilan makanan sihat, bantuan kolagen adalah diperlukan.  Kolagen mula berkurangan apabila mencapai usia 25 tahun. Kesan pengurangannya akan mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. 


KESAN KEKURANGAN KOLAGEN

BAJU PERTAMAKU

Over kan tajuk.. Baju pertama la sangat.. Bukan baju pertama dipakai selepas saya keluar dari perut mak saya, tapi baju pertama yang ku jahit sendiri.

Saya tengah belajar menjahit sekarang, kelas baru 3 hari, so baju pertama yang dijahit pun siap. Apa yang spoilnya, leher baju ni kecik. Muat masuk kat saya, tapi ketat la kat tengkok tu. Bila di tilik kan balik, rupanya terpotong saiz budak. Nak otter bahagian tu, takut plak rosak, jadinya saya tunggu next class la, suruh cikgu betulkan.

First trial, mestilah jahitan pun tak kemas.. Nak pakai pun segan. Kalau tiba2 ada si penyibuk tanya, nak ke jawab kita yg jahit. Hihi..

Apa2 pun, cobaan pertama 95% berjaya. Baju boleh pakai cuma leher je kecik sikit..

Takut rosak kain, saya potong kecik, dengan harapan klu salah boleh otter balik.. Tup2 memang kecik betul..haha..

Tak sabar nak wat jubah princess plak pas ni. Minat plak dengan jubah princess cut sekarang ni.. Pas ni saya share sama ada berjaya ke tak jubah saya..

Stay tuned!

Promosi October 2014


Agak lewat sikit, saya nak bagi tau, bulan oktober ni, Shaklee buat promo ESP lagi. Yeah! ESP memang hot item tau. Macam-macam kelebihan ada.

Jika Anda beli pada bulan ni, memang sangat menguntungkan tau. Yang mana belum jadi ahli tu, boleh la daftar bulan ni dengan buat belian ESP.
Promosi beli 6 Free 1 dengan harga ahli dan automatik anda dapat daftar ahli secara percuma dan beli ESP dengan harga ahli.Bukan itu sahaja, anda jugak dapat bonus pada bulan depan. Untung kan.. Bila dah daftar ahli, lepas ni anda boleh beli semua vitamin dengan harga ahli.. 20% lebih jimat!


Beli 6 dapat Free 1 tau!(dapat 7 can la)

Jadi, peminat-peminat ESP sekelian, jangan lepaskan peluang ni. Buat stok selama setahun pun lepas tau! Expired date pun lambat lagi. Jadi sila borong sekarang! Kalau anda tetap berminat untuk promosi ni, tapi tak cukup bajet, sila pm saya untuk bincang..INGAT! pm sekarang tau, bukan esok, bukan lusa, SEKARANG!



Boleh baca sini untuk ketahui tentang ESP:-
BAGUSKAH ESP NI?
KAITAN SOYA,ESP DAN PROTEIN
CARA DAFTAR AHLI






Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905

CARA BERSENAM UNTUK PEKERJA DI PEJABAT





Sebagai seorang kerani akaun, mestilah masa banyak dihabiskan di depan komputer. Tambahan pula, saya ni gemar mengadap komputer dan handphone. Tabiat atau cara hidup ni sebenarnya kurang baik, sebab badan akan menjadi lembab atau kurang aktif. 

Walaupun sibuk dengan tugasan, memang tak dak alasan untuk tidak melakukan senaman. Bersenam ni sebenarnya mudah, tidak semestinya di gimnasium atau taman-taman rekreasi. Ia boleh dilakukan biarpun sekadar pergerakkan ringkas.

Walaupun sibuk macam mana pun, luangkan sedikit masa untuk bersenam. Walau sesibuk mana pun saya harap, anda baca lah artikel ringkas saya ni sampai habis.
Jom saya kongsikan beberapa cara mudah yang boleh kita praktikkan bagi diri sentiasa cergas.

SEJARAH KACANG SOYA

Sejak akhir-akhir ni soya sangat viral di facebook. Ramai yang mengatakan kacang soya adalah penyebab utama kanser. Soya adalah sumber protein yang baik, oleh sebab tu la soya tidak sesuai di ambil pengidap kanser sebab, makanan utama sel adalah protein. Selain soya, daging merah, telur, kacang tanah dan ikan juga kaya dengan sumber protein. Individu yang menyebarkan keburukkan soya ni, tak suka soya atau dia ada niat tertentu. 

Kalau pengidap kanser dilarang mengambil soya takut sel kanser tumbuh atau aktif kembali, sebenarnya mereka juga sepatutnya mengelakkan makan protein lain. Boleh baca selanjutnya tentang kelebihan kacang soya



Sejarah Kacang Soya
  1. Brazil merupakan negara pengeluar utama kacang soya dunia, diikuti Amerika Syarikat, Argentina dan China. Bagaimanapun Amerika Syarikat merupakan pengeksport utama kacang soya dunia.
  2. Kacang soya mula ditanam di China (3500 sebelum Masehi ). Kemudian benihnya mula dibawa masuk ke benua lain pada abad 20.
  3. Kacang soya mula ditanam di Amerika Syarikat pada tahun 1765 oleh Samuel Bowen, pelayar Syarikat Hindia Timur yang membawa benih dari China.
  4. Soya pertama ditanam di Georgia, Amerika Syarikat.
  5. Tempe dipercayai mula diperkenalkan di Indonesia pada 1815 di Serat Chenthini.
  6. Tauhu mula dibuat pada Dinasti Han 2000 tahun lalu di China. Kemudian tauhu mula diperkenalkan ke Korea dan Jepun.
  7. Syarikat kicap pertama dunia ialah Kikkoman yang ditubuhkan pada abad 17. Mogi dan Takanashi mula membuat kicap di Noda, Jepun, dan di situ jugalah kicap jenama Kikkoman bertapak dan jenama ini mula diperkenalkan ke dunia luar sehingga sekarang ini.
  8. Blairo Maggi merupakan taikun Brazil kerana beliau adalah pemilik ladang kacang soya terbesar Brazil. Blairo juga merupakan gabenor untuk negeri Mata Grasso, Brazil.
  9. Di Inggeris, individu pertama yang membuat kicap ialah John Locke pada tahun 1679.
  10. Pada tahun 1688, Dampier berbangsa Inggeris menamakan kicap dalam bahasa Inggeris sebagai  ‘soy’. Kemudian pada tahun 1899, Blasedale yang berbangsa Amerika Syarikat menamakan kicap dengan nama ‘soybean sauce’  dan ditukar pada tahun 1905 oleh Oshima seorang individu berbangsa Jepun, kepada soy sauce. Ejaan ‘soy sauce’ akhirnya disatukan sebagai ‘soysauce’  oleh Van Gundy pada tahun 1936.
Di Malaysia pada hari ini kacang soya terkenal sebagai bahan asas pembuatan kicap, tempe , minuman soya dan juga puding taufufah.

Sejarah kacang soya ni saya dapat daripada majalah Saji keluaran Oktober ini. 

Sungguh pun Amerika Syarikat adalah pengeksport utama kacang soya, kita tidak boleh menafikan tentang kelebihan soya yang sebenar. Soya bukan lah termasuk dalam kategori makanan sunnah, tapi soya mempunyai kebaikkan yg sangat bermanfaat untuk kesihatan.  


KELEBIHAN KACANG SOYA






Kacang soya ni banyak manfaatnya. Sebab tu la, saya paksa diri untuk suka susu soya. Saya memang dari kecik lagi elergi sikit dengan soya ni. Bukan elergi badan naik alahan ke apa, tapi saya tak boleh minum soya, saya tak lalu. Bau soya pun tak boleh. 

Walaupun saya tak suka soya, tapi saya yakin dan percaya ramai kan yang suka soya. Tengok lah kawan-kawan sekeliling, rata2 suka soya. Derang ni tak habis-habis ajak  saya minum soya. Nak buat macam mana tekak saya tak leh terima.  

Tetapi, kalau soya ESP ni saya boleh minum. Sebab apa? Sebab ESP rasanya tak la soya sangat(maksudnya rasanya tak kuat sangat macam air soya yg belambak kat pasaran ni). Saya ni tak boleh minum soya sebab baunya. 

Jom ketahui sedikit sejarah tentang kacang soya.
 
Kacang soya merupakan hasil utama dinegeri China dan pada abad ke 17, pedagang dari Eropah telah membawa balik kacang soya ini ke eropah dan ianya mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada awal tahun 1765. Sebenarnya, soya mula ditanam di Asia Timur.  Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max tergolong dalam keluarga Fabaceae yang ditanam sebagai makanan untuk manusia dan ternakan. 
 
Soya adalah sumber protein lengkap kerana sejumlah besar asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia berada di dalamnya.
Terdapat banyak manfaat yang boleh diperoleh dari kacang soya. Antara yang sering diperkatakan ialah:-

1.       Murah dan tinggi protein
Ia merupakan makanan yang tinggi protein yang seimbang dan baik untuk kesihatan. Ianya lebih murah daripada daging merah, susu atau telur. Sumber protein yang terkandung di dalamnya adalah sebanyak 50% bagi setiap 100 gram sekali gus menjadikan ia 2 kali lebih baik dari kacang tanah, 11 kali lebih bagus dari susu dan 3 kali lebih elok dari telur. 

2.       Kaya dengan bahan mineral
Ianya kaya dengan sumber mineral yang berkhasiat seperti kalsium, sodium, manganese, magnesium, zat besi dan fosforus, vitamin A,B,C,D dan lecithin. 

3.       Kurangkan risiko serangan jantung

4.       Membekalkan tenaga
        Ianya kan kaya dengan protein. Tambahan pula, kacang soya mudah dicerna sekaligus mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk menbina dan membaiki tisu badan yang rosak selain membekalkan tenaga. 

5.       Kadar lemak dan kalori yang rendah
Soya memnag terbukti mengandungi lemak dan rendah kalori. Ianya sangat sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis. Soya boleh dijadikan penganti makanan berat yang lain sebagai diet harian.

Akan tetapi, tidak semua soya dipasaran itu baik untuk kesihatan. Pastikan anda memilih soya yang ditanam secara natural tanpa bahan kimia. Bukan itu sahaja, pilihlah soya yang tidak terubah genteiknya( Non-GMO). Soya yang telah terubah genetiknya adalah soya yang tidak mengandungi kelebihan soya sepatutnya. Soya yang belambak dipasaran kebanyakkan adalah soya yang tidak berkualiti malahianya jenis GMO.

Anda adalah orang yang bijak, pasti memilih yang terbaik. 






Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...